Ahad, 16 November 2014

PANTUN BERHENTI MENGELAT


Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Keredhaan Allah wajib dicari
Dengan mengorbankan semua harta

Menari lagu putera mahkota
Dalam Quran banyak cerita
Dengan mengorbankan semua harta
Baru di akhirat hidup sukacita

Dalam Quran banyak cerita
Kuasa Allah disana sini
Baru di akhirat hidup sukacita
Menghadapi penzalim tetap berani

Kuasa Allah di sana sini
Laut Merah terbelah dua
Menghadapi penzalim tetap berani
Firaun selama-lamanya kecewa

Laut Merah terbelah dua
Nabi Musa selamat mendarat
Firaun selama-lamanya kecewa
Semasa di dunia lupakan akhirat

Nabi Musa selamat mendarat
Tentera Firaun semuanya tenggelam
Semasa di dunia lupakan akhirat
Berani pula mencerca Islam

Tentera Firaun semuanya tenggelam
Taubat Firaun ditolak Allah
Berani pula mencerca Islam
Di akhirat menanti banyak masalah

Taubat Firaun ditolak Allah
Dilakukan sewaktu keadaan terdesak
Di akhirat menanti banyak masalah
Nafas sentiasa pula sesak

Dilakukan sewaktu keadaan terdesak
Firaun mahu melepaskan diri
Nafas  sentiasa pula sesak
Keampunan Allah baru dicari

Firaun mahu melepaskan diri
Sedar bahaya ada di hadapannya
Keampunan Allah baru dicari
Usaha sebegini takkan berjaya

Sedar bahaya ada di hadapannya
Baru ingin pertolongan Allah
Usaha sebegini takkan berjaya
Bertimbun-timbun pula masalah

Baru ingin pertolongan Allah
Mintalah setiap selepas solat
Bertimun-timbun pula masalah
Bertaubatlah dari kerja mengelat



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan