Sabtu, 1 November 2014

MENGHADAPI TUA



Muqadimah
William Shakespeare pujangga Inggeris berkata
“Tujuh peringkat kehidupan manusia”

I
Bayi
Menangis bila lahir
Dicipta Allah Yang Maha Mahir
Belum boleh berfikir
Jauh sekali bersifat kikir
Senyuman sentiasa di ukir

II
Kanak-kanak
Baru boleh berdiri tegak
Selalu minta tolong mak
Mahu penuhi segala kehendak.

III
Remaja
Kuat tenaga
Dalam sukan selalu berjaya
Dadah ancaman utama
Seks bebas ancaman kedua
Murtad ancaman ketiga
Semuanya merbahaya.

IV
Peringkat awal kematangan
Tinggal semua larangan
Tanda anda beriman
Dengan orang baik berkawan
Makan-Tidur-Seks tujuan hidup haiwan
Berlalu banyak di akhir zaman
Kumpulan jahat bertambah bilangan.


V
Pertengahan usia
Penting pasangan yang setia
Penting ikut ajara agama
Baru berkumpul pahala
Jauhkan perbuatan dosa
Baru hidup bermakna

VI
Tua
Berusaha sedaya upaya
Berusaha dapatkan cahaya
Cucu dah ada
Kubur menanti kita
Berbahagia bila persiapan ada
Kutip saja pahala.

VII
Lanjut usia
Tunggu saja masa
Malaikat maut akan tiba
Baru tahu siapa sebenarnya berkuasa
Amal soleh saja dikira
Aqidah benar saja modal kita
Bersukacita atau berdukacita
Bergantung kepada pelaburan kita
Dari 15 tahun usia
Dengan pangkat dan harta berlumba-lumba
Menyalahguna kuasa
Allah dan Rasul dihina dan dinista
Itulah cerita manusia
Sama saja
Tanpa amal ibadat mahu ke syurga.



HMS ABU BAKAR
8 Zulhijjah 1422
(21 Februari 2002)
Kuala Lumpur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan