Rabu, 4 Mei 2011

TERJAGA DI ALAM KUBUR




Bila tiba masa tua
Luputlah masa muda
Penuhilah iman di dada
Jauhi media propaganda
Merosakkan minda
Pemudi dan pemuda
Bila tidak ada agama
Bila dalam gelap bersama-sama
Nikmatnya bukanlah lama
Hidup di dunia bukanlah lama
Bila ini disedari
Mudahlah muhasabah diri
Ilmu perlu dicari
Bila ada ilmu
Barulah tahu
Benarnya ajaran wahyu
Beramal dengannyalah Melayu
Baru hidup bermutu
Baru Datuk T tidak buat begitu
Baru ada perasaan malu
Malu kerana menipu
Malu kerana memfitnah
Baru sedar dosa memfitnah
Dosa mengedar video lucah
Dosa menyokong pimpinan durjana
Hai pimpinan dunia
Masa tuamu akan tiba
Bulan tak jatuh ke riba
Nyawa sampai ke hujungnya
Dalam kubur kamu terjaga
Rugi bila terlepas syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Mei2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan