Pantun di antara dua peserta Bengkel Penulisan anjuran PAKSI dan TERAS, yang ditaja oleh CAP, DBP Wilayah Utara di D’Yan Chalet, Titi Hayun, Yan, Kedah pada 13-18 Mei 2011.
Peserta I:
Manis rasa buah pulasan
Makan bersama seisi keluarga
Mengapa ikut bengkel penulisan
Adakah ingin masuk syurga?
Peserta II:
Isi langsat dalam raga
Raga dibuat dari buluh
Bukan senang masuk syurga
Menghadapi ujian jangan mengeluh
Peserta I:
Selepas berjogging keluar peluh
Bila haus minum air
Orang munafik lazim mengeluh
Berhadapan Nabi semuanya cair
Peserta II:
Air sungai mengalir tenang
Membawa sampah sampai ke laut
Di Badar tentera Islam menang
Dengan Allah hati terpaut
Peserta I:
Dari mana nak ke mana
Dari sawah menuai padi
Penentang Nabi di akhirat hina
Terutama dari kalangan Yahudi
Peserta II:
Tanam padi dalam sawah
Air hujan sangat diperlukan
Kehidupan pengkhianat nampak mewah
Biarpun harta haram dimakan
Peserta I:
Dalam sawah ada pacat
Menghisap darah para petani
Kebudayaan Barat banyak cacat
Mendedahkan penzalim perlu berani
Peserta II:
Sedap rasa nasi beriani
Lepas makan minum serbat
Bila umat jadi berani
Baru hagemoni Barat tamat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamdilakhir1432/Mei2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan