(1)
Satu, dua, tiga, empat
Kedengaran suara daripada Pasti
Ilmu manfaat banyak dapat
Di bengkel penulisan memang berkualiti
(2)
Lima, enam, tujuh, lapan
Adab membaca boleh mengira
Penulis muda mempunyai harapan
Ingat Allah sebelum berbicara
(3)
Tujuh, lapan, sembilan, sepuluh
Genaplah bilangan ilmu matematik
Dengan ilmu amalan disuluh
Baru berjaya bila berpolitik
(4)
Warna merah seekor lipan
Menyusur perlahan dalam rumah
Politik Islam membawa harapan
Menonjolkan pemimpin yang berhemah
(5)
Rumah kedai bertingkap kaca
Barang-barang laris dijual
Penulis berwibawa banyak membaca
Dicari hanya rezeki halal
(6)
Anak nelayan mengail ikan
Dijadikan cacing sebagai umpan
Ulama progresif jadikan rakan
Ditangannya rakyat menaruh harapan(7)
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Penulis berwawasan menggunakan wahyu
Mahu pembaca selamat di akhirat
(8)
Ikan sepat ikan haruan
Mudah membiak dalam sawah
Penulis picisan inginkan habuan
Mudah dibeli rejim rasuahHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilakhir1432/Mei2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan