Rabu, 4 Mei 2011
NIKMAT MEMBACA
Mata
Memang berguna
Boleh melihat
Boleh membaca
Dapat cahaya
Bila percaya
Isi Al-Quran keseluruhannya
Benar semuanya
Bila beriman dengannya
Bila beramal dengannya
Baru terasa
Hebatnya Allah Yang Maha Kuasa
Kesannya terasa
Setiap masa
Demi masa
Ramai yang luput kuasa
Berada di alam sana
Untung membaca
Untung yang dapat manfaat daripada membaca
Manfaat yang kekal berguna
Dari dunia yang sementara
Di akhirat yang kekal selamanya
Nikmatnya
Nikmatnya
Nikmatnya
Datang daripada membaca
Daripada perintah Allah
Di ayat pertama
"Bacalah"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamidilawal1432/Mei2011
Labels:
NIKMAT MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan