Jumaat, 27 Mei 2011

BERITA MENGGEMBIRAKAN

Pada hari Isnin 23 April 2011, saya diberitahu oleh kakitangan pejabat Mufti Perak bahawa saya telah lulus dalam mata pelajaran Hadith kelolaan Jabatab Mufti Negeri Perak. Keputusan ini sangat menggembirakan saya, maklumlah umur saya sudah 72 tahun 1 bulan 15 hari. Bagi mendapat tauliah mengajar agama di Negeri Perak, seseorang yang berminat diwajibkan menduduki peperiksaan dalam 6 mata pelajaran iaituTauhid, Fekah, Tasauf, Hadith, Tafsir Al-Quran dan Sirah Nabi saw.

Setelah lulus ujian tulisan akan diadakan pula ujian lisan di hadapan tiga ahli Majlis Agama Islam Perak. Apabila berjaya seseorang itu akan dikurniakan tauliah daripada Sultan Perak selaku Ketua Agama di Negeri Perak. Ini bermakna saya hanya menunggu untuk ditemuduga atau melalui ujian lisan. Sebagai seorang warga emas kejayaan ini adalah satu pencapaian yangmembanggakan. Mungkin ini akan menjadi pendorong semangat kepada generasi muda untuk berusaha menjadi tenaga pengajar agama Islam di Negeri Perak.

Sedap rasa buah durian,
Makan sebiji tambah sebiji
Bersyukur kita kepada Tuhan
Bernilai seseorang setelah diuji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan