Khamis, 30 Disember 2010

WANITA SOLEHAH



Wanita
Manis dipandang mata
Dalam sejarah banyak cerita
Cantiknya Cleopatra
Julius Caesar merana dibuatnya
Ini cerita lama
Bukanlah berguna
Fahaman perkauman semua tak kena
Apco Worldwide boleh diterima
Dilarang oleh agama
Dibayar konon nak jaga nama
Dibayar RM77 juta setahun
Sampai masa tetap turun
Lihat saja Firaun
Lihat saja Qarun
Dikelilingi wanita yang anggun-anggun
Bersama harta ditenggelamkan
Allah dalam bumi
Bersedih tidak terperi
Wanita solehah mari cari
Daripada keturunan bestari
Bacalah cerita Umar Abdul Aziz
Opahnya dinikahi anak
Saidina Umar Al-Khattab
Iman Umar cukup mantap
Pemerintahannya cukup cekap
Cakap dan bikin
Rakyatnya yakin
Berbeza dengan pimpinan ketuanan bangsa
Rosak bahasa
Porak perandakan perkara 152
Perlembagaan Perseketuaan
Dimuliakan Bahasa Inggeris
Membisu saja pejuang-pejuang keris
Hati sekelian pecinta bahasa terguris
Rosak ramai anak gadis
Dizinai lelaki jambalang
Di PRU-13 kasi tumbang
Dengan 3B
Berubah
Berpakat
Berkat
Diterima oleh semua rakyat
Dibantu oleh maklumat-maklumat
Dari Internet ambil manfaat
Eyonne Ridley dah terpikat
Lauren Booth dah jadi muslimat
Bila ramai wanita cantik dari barat
Menerima Islam
Jadilah mereka wanita solehah
Parti-parti perkauman pasti rebah
Kerajaan Pusat pasti berubah
Dasar Umar Abdul Aziz akan dilaksanakan
Rakyat pasti dapat kebajikan
Bersatu dalam kemajmukkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum WBT, Pak Salleh

    Mohon kebenaran untuk dipanjangkan ke blog saya

    BalasPadam