Sabtu, 25 Disember 2010

NASIHAT YANG JUJUR

Kembalilah Pada ISLAM


Bila manusia lupa diri
Bila manusia hilang harga diri
Bila Apco Worldwide dibayar mempertahankan diri

Malang jika jiwa duniawi
Bermakna
Hidup di dunia tetap hina
Walaupun tinggi bangunan dibina

Lepas itu mahu ke mana?
Lubang kubur saja
Seorang diri saja
Dalam tanah yang gelap gelita
Berdukacita
Nasihat Apco tak berguna
Semuanya tidak berguna
Menyedari ini
Marilah berhijrah
Di bulan Muharram 1432
Mari taubat segera
Suruhan Allah buat segera
Contohilah Ibrahim Idham
Bakal Raja
Contohilah Umar Abdul Aziz
Khalifah Dinasti Umaiyah
Dua manusia yang cintakan Allah
Memiliki kemewahan hidup
Sebaliknya
Memilih kehidupan akhirat
"Sedangkan kehidupan akhirat
itu adalah lebih baik
dan lebih kekal"
Diterima yang berakal
Berpandukan Al-Quran
"Subur tumbuh pokok durian,
ikut Islam selamat Hari Kemudian"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan