Jumaat, 17 Disember 2010

PANTUN KAMPUNG WARISAN KL



Manis rasanya buah pulasan
Bila masak warnanya merah
Mari wujudkan Kampung Warisan
Kepada Allah usaha diserah

Bila masak warnanya merah
Dipulas bila hendak dimakan
Kepada Allah usaha diserah
Bekerja sebagai satu pasukan

Dipulas bila hendak dimakan
Terasa manis hingga ke tekak
Bekerja sebagai satu pasukan
Baru Kampung Warisan tertegak

Terasa manis hingga ke tekak
Elok makan beberapa biji
Baru Kampung Warisan tertegak
Usaha PAKSI patut dipuji

Elok makan beberapa biji
Lepas itu makan nasi
Usaha PAKSI patut dipuji
Menentang pengkhianat dengan puisi

Lepas itu makan nasi
Bersama seisi keluarga di rumah
Menentang pengkhianat dengan puisi
Melalui projek terima rasuah

Bersama seisi keluarga di rumah
Berkumpul bersama semasa Hari Raya Qurban
Melalui projek terima rasuah
Lupa mereka larangan Tuhan

Berkumpul semasa Hari Raya Qurban
Datang dengan hati gembira
Lupa mereka larangan Tuhan
Nasib bangsa tak ambil kira

Datang dengan hati gembira
Mendeklamasi puisi membela rakyat
Nasib bangsa tak ambil kira
Projek mega saja ingat

Mendeklamasi puisi membela rakyat
Tujuh kampung sekitar Kuala Lumpur
Projek mega saja ingat
Menyesal bila habis umur

Tujuh kampung sekitar Kuala Lumpur
Dalam kawasan Setapak dan Sentol
Menyesal bila habis umur
Pemimpin sekular sungguh tolol

Dalam kawasan Setapak dan Sentul
Ada tujuh kampung melayu
Pemimpin sekular sungguh tolol
Bila berkuasa lupa wahyu

Ada tujuh kampung melayu
Elok diwartakan sebagai warisan
Bila berkuasa lupa wahyu
Inilah yang PAKSI mahu betulkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan