Sabtu, 11 Disember 2010

IMAM BESAR KITA

ekonomi juga disuruh agama


Kerjasama
Disuruh agama
Membangunkan negeri dan negara
Melalui pelbagai kerja
Di naungi Institusi Raja
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
Rakyat tetap setia
Hang Tuah jadi juara
Ada pendapat kedua
Hang Jebat sebenar-benarnya wira
Membetulkan silap yang nyata

Penjajah membawa angkara
Portugis, Inggeris, Jepun dan Belanda
Terhakis hak dan kuasa raja
Berpecah-belah bangsa
Didatangkan orang India dan Cina
Membawa budaya
Nilai hidup berbeza
Pendatang rajin bekerja
Bandar-bandar besar terbina
Ipoh jadi bandaraya

Sejarah jangan lupa
Asal diri jangan lupa
Perlu ikut agama
Al-Quran dan Sunnah menjadi cara
Di negeri-negeri Melayu
Raja jadi ketua agama
Dinasihati ulama yang berwibawa
Baru pemerintahan membawa
Kemajuan bersama
Baru rakyat bersuka-cita
Ini jalan Nabi kita
Ini kehendak yang Maha Esa
Mari sama-sama berjasa
Kepada agama, negara dan bangsa
Ini kerja mulia
Mendatangkan pahala
Modal sebenar manusia
Bila bersemadi di batu dua

Ini pentas kena ambil kira
Menghasilkan karya-karya yang berguna
Seperti imam besar kita
Imam Shafie
Jasa sentiasa diingati
Sampai hari ini


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan