Jumaat, 3 Disember 2010

ORANG BERIMAN BIMBANG

I

Orang beriman bimbang
Bila iman umat terbang
Ditiup angin Kebudayaan Barat
Digunakan pimpinan rakyat
Diguna pakai teori Machviavelli
Undi boleh dibeli

II

Ikan limbat ikan keli
Mudah membiak dalam sawah
Bila ulama boleh dibeli
Dengan membodek hidup pun mewah

III

Dalam sawah ditanam padi
Mudah tumbuh dengan baja
Bila guna pakai nasihat Yahudi
Bergaul bebaslah golongan remaja

IV

Taman ubi tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Apco Worldwide syarikat Yahudi
Membantahnya Mufti tidak berupaya

V

Tumbuh teratai dalam kolam
Bila berbunga kelihatan cantik
Dirancang Hub Hiburan Malam
Oleh pemimpin yang dilantik

VI

Kembang bunga waktu pagi
Tiba petang ia pun layu
Tolak Islam manusia rugi
Inilah punca perpecahan Melayu


VI

Bunga ros berwarna merah
Bunga tanjung putih berseri
Dengan Allah saja berserah
Lepas itu keredhaan Allah dicari


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan