Jumaat, 3 September 2010

SISTEM HIDUP JAHILIYAH


Sistem hidup semata-mata kebendaan
Bertuhankan nafsu
Berkepentingan keduniaan
Beseronok-seronok hari ini
Lupakan esok
Meyakini kehebatan keduniaan
Berlakulah apa yang
Dihasratkan oleh
Charles Darwin
Yang kuat saja patut hidup
Yang lemah boleh ditindas
Yang berkuasa boleh salahguna kuasa
Memperalatkan media massa
Menggunakan Akta-akta Parlimen
Menekan pihak lawan
Memperalatkan institusi-institusi awam
Jadilah rakyat pendiam
Harga barang-barang naik pun diam
Sekat royaliti minyak pun diam
Teoh Beng Hock mati pun diam
Altantuya mati pun diam
Datang internet rakyat mula faham
Daripada reformasi rakyat pun faham
Hilang perasaan perkauman
Timbul kesedaran
Mahu lawan penindasan
Diketuai oleh wirawan
Melayu-Cina boleh berkawan
Melayu-India boleh berkawan
Melayu-Iban boleh berkawan
Melayu-Kadazan boleh berkawan
Semua mahu perubahan
Sistem hidup jahiliyah perlu digantikan
Daripada kezaliman kepada keadilan
Daripada rasuah kepada amanah
Parti perkauman pasti musnah
Yang "PERKASA" hanya "ALLAH"


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan