Isnin, 6 September 2010

KESAN RAMADHAN



I

Ramadhan
Menyegar fikiran
Mahu perubahan
Harga naik menyusahkan
Harga petrol naik
Harga barang-barang lain ikut naik
Barang naik
Akhlak menurun
Maksiat meningkat
Mengabaikan syariat
Rakyat pasti melarat
Di dunia hingga akhirat
Kecuali bertaubat
Taubat
Daripada menyokong pengkhianat
Pengkhianat demokrasi
Harapkan pagar
Pagar makan padi
Senyum Yahudi
Berkembang biak judi
Cabutan
Tiga kali seminggu
Tunggu
Dari minggu ke minggu
Nasib tak menentu
Bila berotak kalkatu

II

Dari tazkirah
Di bulan Ramadhan
Rakyat tahu
Jalan keluar hanya satu
Pilih yang satu
Yang mendaulatkan wahyu
Yang mementingkan keadilan
Yang cakap serupa bikin
Yang keluarga tutup aurat
Yang menyelesaikan masalah rakyat
Yang kuat beribadat
Kuasa Allah sentiasa ingat
Janji Allah sentiasa ingat
Yang perlu
Kita kerja kuat
Kita berpakat
Berdoa setiap saat
Yang hak mesti menang
Yang batil pasti kecundang
Yang rasuah pasti meradang
Seperti lembu dalam kandang


HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan