Khamis, 23 September 2010

HIDUP HARUS BERMUTU



              Zaman Globalisasi adalah zaman serba canggih dan serba bermutu atau tinggi kualiti.Hendak memasuki IPTA mesti cukup kelayakan sebab dasar kemasukannya ialah dasar meritokrasi.

             Ini bererti dalam semua bidang kehidupan di dunia mesti mempunyai mutu yang tinggi.Sebagai contoh hendak menang pingat emas dalam Sukan Olimpik di Athens perlu latihan yang intensif serta motivasi yang tinggi.

             Perbelanjaan yang dikeluarkan dengan banyak terutama pihak kerajaan untuk menaikkan imej negara.Ganjaran berbentuk kebendaan diberi kepada pemenang-pemenang terutama pingat emas, perak dan gangsa.Nama jaguh dibesar-besarkan dalam media cetak dan media elektronik.Begitu juga pemenang AF 1 hingga 8 dan M.I memperlihatkan kualiti dan persembahan yang canggih dan menawan hati penonton-penonton di seluruh negara.Yang menang jadi idola peminat setia artis-artis hasil rancangan-rancangan hiburan tajaan pihak swasta.

            Jika hal hal dunia pun perlu mutu atau kualiti yang tinggi bagaimana pula bab yang pasti berlaku kepada setiap manusia iaitu kematian.

            Orang orang yang berjaya mestilah mereka yang melaksanakan akujanji" Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam"

            Perlu diingat ilmu perlu dicari.Ilmu untuk mengenal Allah dan ilmu untuk mengenal Rasullullah s.a.w.

            Dengan ilmu barulah iman sah.Barulah solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi ibadah jadi betul dan canggih yakni menepati dasar meritokrasi.

            Bila elemen meritokrasi ada pada pemimpin politik sudah tentu negara akan ditadbir dengan penuh amanah dan dedikasi yang tinggi serta ingat "Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat yang kamu perolehi daripada Tuhanmu.

            Barulah hidup para pemimpin dan rakyat jelata bertepatan dengan slogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'.


HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan