Sabtu, 4 September 2010

SISTEM HIDUP ISLAM


Hidup mesti ada sistem
Mesti ikut peraturan
Tentu daripada Al-Quran
Pertunjuk sepanjang zaman
Diyakini orang beriman
Terasnya ilmu pengetahuan
Daripada Nabi dapat pelajaran
Membesarkan Tuhan
Buat suruhan
Jauhi larangan
Bila ini dilakukan
Betullah kehidupan
Sistem ini diperlukan
Bukan Globalisasi
Bukan korupsi
Bukan konspirasi
Bukan ketuanan bangsa
Bertuhankan Yang Maha Kuasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada
Dalam kerugian
Kecuali ikut sistem hidup Islam
Membesarkan Allah siang dan malam
Menjauhi kerja-kerja haram
Rasuah kerja haram
Menyokong pimpinan rasuah
Tetap haram hukumnya
Biar yang amanah kuasai Putrajaya
Biar beramanah penjawat-penjawat institusi Awam
Rujuk perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Baru wujud keadilan
Baru menetapi kehendak Al-Quran
Inilah sistem Islam
Baik untuk semua bangsa
Baik untuk Malaysia
Mari usahakan
Mari laksanakan
Pasti negara kita jadi
Negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Tuhan
Inilah kebahagiaan


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan