Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H



I

Selamat hari raya "Pengikut Setia"
Bertambah kita punya usia
Bila iman menghiasi dada
Pasti amal soleh berganda-ganda
Dengan ilmu kenal apa itu propaganda
Hebat betul Nabi kita
Meninggalkan dua pusaka
Pertama Al-Quran
Kedua As-Sunnah
Perlu hanya beramanah
Tentu tolak rasuah
Tentu tolak pimpinan rasuah
Tentu tolak parti rasuah
Yang perkasa hanya Allah
Perkauman sempit membawa masalah
Kita tolak dengan jemaah
Kita tolak dengan jiwa mutmainah
Kita tolak dengan ketuanan rakyat
Dengan keadilan hati terpikat
Jadikanlah reformasi sebagai alat
InsyaAllah masyarakat majmuk selamat
Selamat di dunia hingga akhirat

II

Selamat hari raya pelayar-pelayar budiman
Kita teruskan perjuangan
Di 1 Syawal kita maaf bermaafan
Berdoa sebelum makan
Isu  perkauman kita tak timbulkan
Bagi kita hanya persaudaraan
Persaudaraan dalam kepelbagaian
Toleransi diutamakan
Perbezaan pendapat dibenarkan
Kebenaran dipertahankan
Perubahan diusahakan
Malaysia perlu diselamatkan


HMS Abu Bakar
Sept2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan