Jumaat, 10 September 2010

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 1431H



Dalam Zoo banyak rusa
Menjadi tarikan para pelancong
Bersyukur baru tamat puasa
Hukum Allah tetap disanjung

Ikan kembong ikan bawal
Bawa ke darat menaiki sampan
Berhari raya pada satu Syawal
Setelah bersalaman serta bermaafan

Beli pau berinti kaya
Makan bersama seisi keluarga
Seronok bila tiba hari raya
Lebih-lebih lagi di Syurga

Warna biru kain cadar
Koyak sedikit terkena pisau
Hasil tazkirah rakyat sedar
Ada puak pula risau

Lautan Hindi berwarna biru
Hidup ikan berbagai jenis
Akhlak Nabi kita tiru
Baru iman terasa manis

Manis juga gula batu
Boleh digunakan jadi ubat
Hanya taqwa asas bersatu
Lailatul Qadar jadi penambat


HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan