Ahad, 11 April 2010

PANTUN PRK HULU SELANGOR

Tumbuk padi guna lesung
Mendapatkan beras cara lama
Pilihanraya kecil akan berlansung
Memenangkan Pakatan tugas utama

Mendapatkan beras cara lama
Menggunakan lesong dapatkan beras
Memenangkan Pakatan tugas utama
Semangat setiakawan jadi teras

Menggunakan lesong dapatkan beras
Sedap dimakan beras baru
Semangat setiakawan jadi teras
Pejuang reformasi kita tiru

Sedap dimakan beras baru
Biasa bagi orang kampung
Pejuang reformasi kita tiru
Dengan maklumat musuh dikepong

Biasa bagi orang kampung

Menanam padi untuk kehidupan

Dengan maklumat musuh dikepong
Dengan perubahan jadikan umpan
 
Menanam padi untuk kehidupan
Dapat hasil menampung keluarga
Dengan perubahan jadikan umpan
Kebajikan rakyat ingin dijaga

Dapat hasil menampung keluarga
Biaya anak pergi sekolah
Kebajikan rakyat ingin dijaga
Gerombolan penzalim pasti kalah

Biaya anak pergi sekolah
Melanjutkan pelajaran ke luar negeri

Gerombolan penzalim pasti kalah
Aqidah sebagai ketahanan diri


Melanjutkan pelajaran ke luar negeri
Dulu ada biasiswa persekutuan
Aqidah sebagai ketahanan diri
Beramal soleh tanda beriman

Dulu ada biasiswa persekutuan
Sekarang pula bentuk pinjaman
Beramal soleh tanda beriman
Bebas dari fahaman perkauman

Sekarang pula bentuk pinjaman
Kena bayar sedikit bunga
Bebas dari fahaman perkauman
Kebajikan masyarakat majmuk terjaga

Kena bayar sedikit bunga
Cara bank mengurus perniagaan
Kebajikan masyarakat majmuk terjaga
Ini adalah kehendak perlembagaan

Cara bank mengurus perniagaan
Isu riba menjadi keutamaan
Ini adalah kehendak perlembagaan
Dalam sistem demokrasi berparlimen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan