Ahad, 11 April 2010

PANTUN NASIB PEMBELOT

Bunga Tanjung putih berseri
Harum bau dibawah pokok
Kemana mana ilmu dicari
Baru tahu bahaya rokok

Harum bau dibawah pokok
Bila bunga jatuh ke bumi
Baru tahu bahaya rokok
Gejala maksiat mudah dibasmi

Bila bunga jatuh ke bumi
Dikutip orang waktu pagi
Gejala maksiat mudah dibasmi
Kehidupan pengkhianat pasti rugi

Dikutip orang waktu pagi
Bau semerbak sekeliling pokok
Kehidupan pengkhianat pasti rugi
Walaupun sujud dan rukuk

Bau semerbak sekeliling pokok
Dihidu oleh insan berdekatan
Walaupun sujud dan rukuk
Bila khianat itulah syaitan

Dihidu oleh insan berdekatan
Dalam perjalanan bersolat subuh
Bila khianat itulah syaitan
Hasad dengki merajai tubuh


Dalam perjalanan bersolat subuh
Singgah sebentar di rumah kawan
Hasad dengki merajai tubuh
Tiba-tiba menyokong lawan

Singgah sebentar di rumah kawan
Beri wang belanja keluarga
Tiba-tiba menyokong lawan
Dia sangka kebajikannya terjaga

Beri wang belanja keluarga
Didalamnya ada anak yatim
Dia sangka kebajikannya terjaga
Walaupun dengan penzalim intim

Didalamnya ada anak yatim
Hidup dalam serba kekurangan
Walaupun dengan penzalim intim
Maklumlah buat kerja larangan

Hidup dalam serba kekurangan
Dibuat lauk waluapun belut
Maklumlah buat kerja larangan
Dengan rakan sanggup belot

Dibuat lauk waluapun belut
Zahirnya nampak seperti ular
Dengan rakan sanggup belot
Bila iman sudah tercalar

1 ulasan:

  1. Tahniah Pak Salleh kerana sanggup berjuang untuk membebas rakyat dari cengkaman BN. Peranan tuan melalui pantun dan sajak dapat memberi kesan yang mendalam pada pendengarnya. Teruskan perjuangan murni mu.... insyaalah mendapat pembalasan dari allah.

    BalasPadam