Khamis, 1 April 2010

PANTUN INGIN PERUBAHAN

Waktu petang memasang pukat
Dapat ikan pelbagai jenis
Dalam perjuangan mesti berpakat
Betul niat terasalah manis

Dapat ikan pelbagai jenis
Kembong ada, cencaru dan kerapu
Betul niat terasalah manis
Ucapan pembelot biasanya merapu

Kembong ada, cencaru dan kerapu
Pelbagai jenis ikan laut
Ucapan pembelot biasanya merapu
Bila duit mula terpaut

Pelbagai jenis ikan laut
Ikan paus mahal harganya
Bila duit mula terpaut
Janji penzalim mudah terpedaya

Ikan paus mahal harganya
Menjadi kegemaran orang Jepun
Janji penzalim mudah terpedaya
Dosanya pengundi tak akan ampun


Menjadi kegemaran orang Jepun

Memakan ikan paus di restoran
Dosanya pengundi tak akan ampun
Walaupun berketayap setiap keadaan

Memakan ikan paus di restoran
Bersama keluarga di hujung minggu
Walaupun berketayap setiap keadaan
Kewibawaan anda orang ragu


Bersama keluarga di hujung minggu
Berkelah di tepi laut merah
Kewibawaan anda orang ragu
Bila tertipu pengundi marah

Berkelah di tepi laut merah
Bersempadan Jordan dan Israel
Bila tertipu pengundi marah
Akhirnya pembelot pasti terpencil



Bersempadan Jordan dan Israel
Dikawasan kelahiran ramai nabi
Akhirnya pembelot pasti terpencil
Menerima kutukan bertubi-tubi

Dikawasan kelahiran ramai nabi
Boleh dibuktikan melalui Quran
Menerima kutukan bertubi-tubi
Kekayaan Qarun orang tak hairan

Boleh dibuktikan melalui Quran
Orang munafiq dikutuk tuhan
Kekayaan Qarun orang tak hairan
Rakyat mahu berlaku perubahan


Orang munafiq dikutuk tuhan
Melihat duit lupa kawan
Rakyat mahu berlaku perubahan
Kerajaan pusat Pakatan tawan

Dideklamasikan di Masjid Kg Tengku Hussin selepas kuliah maghrib Ust Wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan