Ahad, 11 April 2010

PANTUN KENANG ZAMAN CHEDET

Ekonomi gawat ramai penganggur
Kerja buruh mudah penat
Sedarkan rakyat Hulu Selangor
Bahayanya tindak tanduk pengkhianat

Kerja buruh mudah penat
Terutama waktu musim panas
Bahayanya tindak tanduk pengkhianat
Sekat bayaran royalti Petronas

Terutama waktu musim panas
Mudah letih dan dahaga
Sekat bayaran royalti Petronas
Tanda kebajikan rakyat tak dijaga

Mudah letih dan dahaga
Nasib buruh dimana saja
Tanda kebajikan rakyat tak dijaga
Slogan kosong saja dijaja

Nasib buruh dimana saja
Kos kehidupan semakin meningkat
Slogan kosong saja dijaja
Kebebasan demokrasi pula disekat

Kos kehidupan semakin meningkat
Nilai Ringgit makin merudum
Kebebasan demokrasi pula disekat
Ekonomi dijalankan seperti Qarun

Nilai Ringgit makin merudum
Dibandingkan dengan Dolar Singapura
Ekonomi dijalankan seperti Qarun
Program maksiat dibuat segera

Dibandingkan dengan Dolar Singapura
 Jauh ketinggalan Ringgit Malaysia
Program maksiat dibuat segera
Habis umur dengan sia-sia

Jauh ketinggalan Ringgit Malaysia
Kesan amalan ekonomi kronisme
Habis umur dengan sia-sia
Bila ketepikan hukum agama

Kesan amalan ekonomi kronisme
Projek diberi kepada rakan-rakan
Bila ketepikan hukum agama
Dosa saja yang dikumpulkan

Projek diberi kepada rakan-rakan
Nilainya pula beratus juta
Dosa saja yang dikumpulkan
Dalam kubur pasti menderita

Nilainya pula beratus juta
Kaya Melayu secara segera
Dalam kubur pasti menderita
Ini kena ambil kira

Kaya Melayu secara segera
Mula berlaku zaman Mahathir
Ini kena ambil kira
Bertaubat sebelum nyawa berakhir

Mula berlaku zaman Mahathir
Mahu wujudkan jutawan Melayu
Bertaubat sebelum nyawa berakhir
Seterusnya beramal mengikut wahyu

Mahu wujudkan jutawan Melayu
Dari Dasar Ekonomi Baru
Seterusnya beramal mengikut wahyu
Akhlak nabi elok ditiru

Dari Dasar Ekonomi Baru
Hidup rakyat bertambah makmur
Akhlak nabi elok ditiru
Berjihad selagi ada umur

1 ulasan:

  1. Sangat setuju... semuanya benar belaka tanpa perlu diedit lagi.

    BalasPadam