Ahad, 11 April 2010

BILA RAKYAT SEDAR

Wanita
Manis dipandang mata
Dalam sejarah banyak cerita
Mulai Siti Hawa
Berkorban untuk suami tercinta
Adam A.S
Manusia pertama dalam alam
Dari pasangan mantap ini
Lahir berbagai bagai bangsa
Semua mahu berjasa
Kepada keluarga
Kepada sanak saudara
Kepada negara
Baru terasa bahagia
Bila ada kerjasama
Suami isteri
Ibu bapa
Beri nasihat
Beri tunjuk ajar
Kepada seluruh keluarga
Dengan teladan dari ayah
Dengan kasih sayang ibu
Lahir generasi bermutu
Mudah bersatu
Menentang manusia berotak kalkatu
Matlamat hidup hanya satu
Bantu membantu
Perlu diteruskan
Terutama dalam PR
Membawa politik baru
Bebas perkauman
Bebas kronisma
Bebas hipokrasi
Semoga bebas dari melompat
Biarkan anjing tersepit
Bersekongkol dengan perasuah
Terserlah
Budaya tak amanah
Cakap tak serupa bikin
Rakyat di Hulu Selangor yakin
Pakatan Rakyat
Membela fakir miskin
Pengundi wanita tetap yakin
Keupayaan calon PKR
Direstui pimpinan PR
Di Hulu Selangor boleh lihat
Gerombolan penjahat
Menabur janji
Bila wanita sedar
Bila perempuan sedar
Bila muslimat sedar
Parti perkauman pasti pudar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan