Khamis, 11 September 2014

PANTUN BANYAKNYA KORUPSI


Ikan keli ikan darat
Ikan sembilang ikan laut
Redha Allah jadikan hasrat
Bersedia pula menghadapi maut

Ikan sembilang ikan laut
Dikatakan membiak di tepi pantai
Bersedia pula menghadapi maut
Dengan bidadari ingin bersantai

Dikatakan membiak di tepi pantai
Di mana banyak kayu bakau
Dengan bidadari ingin bersantai
Elakkan pula menghisap tembakau

Di mana banyak kayu bakau
Mudah dapat dengan menjala
Elakkan pula menghisap tembakau
Merosakkan diri tindakan gila

Mudah dapat dengan menjala
Boleh juga dengan mengail
Merosakkan diri tindakan gila
Bilangan perokok bukanlah kecil

Boleh juga dengan mengail
Hasilnya pula tentulah sedikit
Bilangan perokok bukanlah kecil
Menyesal bila didatangi penyakit

Hasilnya pula tentulah sedikit
Kos hidup terus meningkat
Menyesal bila didatangi penyakit
Dalam dada nikotin melekat

Kos hidup terus meningkat
Orang kampung terima padahnya
Dalam dada nikotin melekat
Bila sakit barulah percaya

Orang kampung terima padahnya
Nilai ringgit semakin rendah
Bila sakit barulah percaya
Menyesal tidak lagi berfaedah

Nilai ringgit semakin rendah
Tanda lemah ekonomi negara
Menyesal tidak lagi berfaedah
Elok bertaubat dengan segara

Tanda lemah ekonomi negara
Naik pula harga barang barang
Elok bertaubat dengan segera
Kaya raya pula segelintir orang

Naik pula harga barang-barang
Berlaku apa dikatakan inflasi
Kaya raya pula segelintir orang
Disebabkan banyak berlaku korupsi


HMS ABU BAKAR



Selasa, 9 September 2014

PANTUN AMBILLAH TELADAN


Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Dengan iman betullah jalan
Baru di akhirat tidaklah rugi

Tidak bintang terbit pagi
Jadilah lirik dalam lagu
Baru di akhirat tidak rugi
Dengan Al-Quran tidak ragu

Jadilah lirik dalam lagu
Tujuannya pula untuk berdakwah
Dengan Al-Quran tidak ragu
Terbela nasib orang di bawah

Tujuannya pula untuk berdakwah
Menyebarkan agama dalam masyarakat
Terbela nasib orang di bawah
Memajukan negara perlu sepakat

Menyebarkan agama dalam masyarakat
Sedang giat berlaku di barat
Memajukan negara perlu sepakat
Selamat rakyat dari melarat

Sedang giat berlaku di barat
Ramai membaca terjemahan Al-Quran
Selamat rakyat dari melarat
Dapat rezeki melalui pekerjaan

Ramai membaca terjemahan Al-Quran
Sedang berlaku di Amerika Syarikat
Dapat rezeki melalui pekerjaan
Penguasanya pula membayar zakat

Sedang berlaku di Amerika Syarikat
Dari Youtube berkembang Islam
Penguasanya pula membayar zakat
Beribadat pula di waktu malam

Dari Youtube berkembang Islam
Pelayar-pelayar internet dapat manfaat
Beribadat pula di waktu malam
Baru jiwa jadi kuat

Pelayar-pelayar internet dapat manfaat
Memahami Islam dengan cepat
Baru jiwa jadi kuat
Bila beribadat pahala pun dapat

Memahami Islam dengan cepat
Di zaman dunia tanpa sempadan
Bila beribadat pahala pun dapat
Dari Nabi ambillah teladan


HMS ABU BAKAR






Isnin, 8 September 2014

JUJUR DALAM PERJUANGAN

Berkawan
Menentang lawan
Perlu ada ilmu pengetahuan
Perlu ada usaha berterusan
Buah rambutan buah pulasan
Berwarna kuning dan merah
Bila berhujah memberi alasan
Bila kalah janganlah marah
Elok ambil iktibar daripada hijrah
Nabi Muhammad menghadapi suasana susah
Tetap tabah
Berserah kepada Allah
Di Badar tentera kafir Quraish kalah
Rahsianya datang bantuan daripada Allah
Oleh itu
Mari kita bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Dengan satu tujuan
Menumbangkan kezaliman
Menumbangkan kepura-puraan
Menumbangkan kedurjanaan
Dengan iman
Dengan amal soleh
Suatu masa Putrajaya boleh beralih
Sabarlah
Wahai rakan-rakan sekalian
Yang penting kejujuran
Jujurlah setiap keadaan
Menanti saja kejayaan
Semoga jaya dengan izin tuhan


HMS ABU BAKAR



Ahad, 7 September 2014

IKUT ULAMA DAHULU

Ulama pencetus gerakan kemerdekaan
Gesa orang Melayu berjuang
Dengan ilmu agama
Dengan bekerjasama
Tujuannya membela bangsa
Daripada hidup derhaka
Di akhirat menanti neraka
Menyedari hakikat ini
Berjuang kena berani
Berani berkata
Ulama ada 2 jenis
Ulama akhirat
Ulama cakap tak serupa bikin
Akhirnya orang tak yakin
Walaupun berserban
Walaupun berjubah
Kerajaan pusat kena ubah
Dengan mewujudkan sistem dua parti
Yang korup kasi mati
Yang zalim kasi mati
Perlu tahaluf siyasi
Menentang rejim korupsi
Dengan kerjasama
Berbagai bangsa
Nikmat merdeka mahu rasa
Syarat utama
Jangan belot sesama rakan
Jangan bercita cita nak berkawan dengan musuh
Dengan memakai alasan bangsa
Sejarah mengajar kita
Ini ulama dunia lupa
Ini ulama cakap tak serupa bikin lupa
Di akhirat pasti papa
Isu MB Selangor rakyat prihatin tak lupa
Yang lupa hanya pelanduk lupakan jerat


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 6 September 2014

PANTUN TERBENTUK NEGARA ISLAM



Dari mana hendak ke mana
Dari sawah membawa padi
Dengan reformasi jati diri dibina
Untuk wirawan menabur budi

Dari sawah membawa padi
Lepas itu terus dijemur
Untuk wirawan menabur budi
Berjuang selagi ada umur

Lepas itu terus dijemur
Ditumbuk padi menggunakan lesung
Berjuang selagi ada umur
Selamatkan aqidah daripada terpesong

Ditumbuk padi menggunakan lesung
Daripada beras menjadi nasi
Selamatkan aqidah daripada terpesong
Baru betul perjalanan demokrasi

Daripada beras menjadi nasi
Makan bersama seisi keluarga
Baru betul perjalanan demokrasi
Nasib rakyat sentiasa dijaga

Makan bersama seisi keluarga
Masuk waktu solat berjemaah
Nasib rakyat sentiasa dijaga
Pimpinan di atas pula beramanah

Masuk waktu solat berjemaah
Lima kali sehari semalam
Pimpinan di atas pula beramanah
Jelas nampak keindahan Islam

Lima kali sehari semalam
Dari masjid dilaungkan azan
Jelas nampak keindahan Islam
Sumber utamanya ialah Quran

Dari masjid dilaungkan azan
Datang umat solat berjemaah
Sumber utamanya ialah Quran
Disokong kuat oleh sunnah

Datang umat solat berjemaah
Setiap Jumaat ada khutbah
Disokong kuat oleh sunnah
Melalui dakwah umat pun bertambah

Setiap Jumaat ada khutbah
Disampaikan khatib yang bertaqwa
Melalui dakwah umat pun bertambah
Menuju akhirat pahala dibawa

Disampaikan khatib yang bertaqwa
Memberi nasihat yang berguna
Menuju akhirat pahala dibawa
Menanti bidadari dalam istana

Memberi nasihat yang berguna
Dipetik daripada ayat Al-Quran
Menanti bidadari dalam istana
Hanya munafiq merasa hairan

Dipetik daripada ayat Al-Quran
Makin dibaca makin meyakinkan
Hanya munafiq merasa hairan
Negara Islam di Madinah ditegakkan


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 5 September 2014

MERDEKA YANG SEBENAR


Manusia berada di dunia
Sementara saja
Baik rakyat mahupun raja
Baiklah buat kerja-kerja berpahala
Berebut jawatan besar bukan caranya
Beribadatlah sedaya upaya
Dengan niat yang ikhlas
Ilmu tauhid berpandukan Surah Al-Ikhlas
Solat berjemaah janganlah malas
Usaha murni kita Allah akan balas
Menanti bidadari di syurga
Sentiasa gembira
Lelaki perempuan sama saja
Boleh pegang jawatan besar
Jika mengamalkan sistem demokrasi ala Westminister
Cara pemerintahan Inggeris
Tanpa keris
Yang perlu hanya sokongan majoriti rakyat di Dewan Rakyat
Minda mesti sihat
Berhujah mesti hebat
Memiliki semangat Hang Jebat
Suruhanjaya Pilihanraya bebas
Tanpa penipuan
Ini merdeka cara Inggeris
Ini berbeza dengan keris tanpa sarung
Di sana sini bohong
Kos hidup naik rakyat tanggung
Dengan PR sekarang bertembung
52% rakyat dah sokong
Gagal memerintah
Rakyat terus menderita
Di sana sini mereka bercerita
Anak si pemimpin banyak harta
Ada pemimpin banyak harta
Rakyat hanya disuruh bersorak
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Bukan merdeka jika mati dalam derhaka
Bukan merdeka bila masuk neraka
Yang betul-betul merdeka
Bila terlepas neraka dan masuk syurga
Ini perlu didakwahkan
Menghadiri majlis majlis ilmu
Dengan kebenaran Islam akan bertemu
Beramal soleh jangan jemu-jemu
Berselawatlah selalu
Berdoalah selalu
Dengan Nabi akan bertemu
Barulah merdeka namanya



HMS ABU BAKAR



Khamis, 4 September 2014

PANTUN TETAPLAH HINA

Buah cempedak buah nangka
Dua jenis buah tempatan
31 Ogos hari Merdeka
Bebas bergerak murid-murid syaitan

Dua jenis buah tempatan
Isinya putih dan kuning
Bebas bergerak murid-murid syaitan
Menyebabkan pemimpin kepala pening

Isinya putih dan kuning
Bila dimakan terasa manisnya
Menyebabkan pemimpin kepala pening
Dari jawatan hidup kaya raya

Bila dimakan terasa manisnya
Kurniaan Allah Maha Esa
Dari jawatan hidup kaya raya
Dengan cara menyalahguna kuasa

Kurniaan Allah Maha Esa
Tuhan pencipta sekalian alam
Dengan cara menyalahguna kuasa
Dari kalangan beragama Islam

Tuhan pencipta sekalian alam
Alam ghaib alam nyata
Dari kalangan beragama Islam
Melalui rasuah kumpul harta

Alam ghaib alam nyata
Cabaran hidup bagi manusia
Melalui rasuah kumpul harta
Jadilah hidup mereka sia-sia

Cabaran hidup bagi manusia
Baik di Timur dan Barat
Jadilah hidup mereka sia-sia
Rugi bila berada di akhirat

Baik di Timur dan Barat
Begitu juga Utara dan Selatan
Rugi bila berada di akhirat
Bila di dunia ikut syaitan

Begitu juga Utara dan Selatan
Diduduki manusia berbilang bangsa
Bila di dunia ikut syaitan
Dalam kubur semuanya binasa

Diduduki manusia berbilang bangsa
Kulit mereka bermacam warna
Dalam kubur semuanya binasa
Pengikut iblis tetaplah hina

Kulit mereka bermacam warna
Mulia mereka kerana iman
Pengikut iblis tetaplah hina
Semasa berkuasa melakukan kezaliman


HMS ABU BAKAR



Rabu, 3 September 2014

KULIAH MAGHRIB DI MASJID KG EXPO KAMUNTING

Setiap hari Khamis malam Jumaat
Setiap bulan
Diadakan kuliah Maghrib
Berpandukan kitab Jundullah
Perjuangan di jalan Allah
Di depan penuh dengan masalah
Masalah politik
Masalah ekonomi
Maksiat perlu dibasmi
Dengan iman dan istiqamah
Pimpinan di atas beramanah
Redha pula rakyat di bawah
Perlu ikut Al-Quran dan As-Sunnah
Direstui semua jemaah
Dari berbagai lapisan masyarakat
Berjubah
Berserban
Berketayap putih
Belajar jangan terasa letih
Solat berjemaah perlu dilatih
Puasa Ramadhan setiap tahun
Dari Allah kita pohon
Ilmu yang bermanfaat
Rezeki yang halal
Penyelewengan pemerintah perlu dipersoal
Di dalam Dewan Undangan Negeri
Di dalam Dewan Rakyat
Di dalam Dewan Negara
Dosa pahala diambil kira
Infakkan duit cara segera
Ilmu dari kuliah Maghrib difahami
Serta diamalkan dengan penuh keikhlasan
Buah rambutan buah pulasan
Dua jenis buah tempatan
Di akhirat terima segala balasan
Diseksa pula pengikut syaitan

HMS ABU BAKAR


Selasa, 2 September 2014

PANTUN BUDAYA SUBSIDI

Tanjung Katong airnya biru
Terletak di selatan Tanah Melayu
Ulama akhirat elok ditiru
Baru iman tidak layu

Terletak di selatan Tanah Melayu
Sekarang ini dipanggil Malaysia
Baru iman tidak layu
Inilah modal sebenar manusia

Sekarang ini dipanggil Malaysia
Termasuk Sarawak dan juga Sabah
Inilah modal sebenar manusia
Allah Subhanawataala saja disembah

Termasuk Sarawak dan juga Sabah
Dipisahkan Laut China Selatan
Allah Subhanawataala saja disembah
Selamat daripada gangguan syaitan

Dipisahkan Laut China Selatan
Dekat menaiki kapal terbang
Selamat daripada gangguan syaitan
Sampai masa barisan pun tumbang

Dekat menaiki kapal terbang
Hanya perlu membayar tambang
Sampai masa barisan pun tumbang
Berubah nasib kakak abang

Hanya perlu membayar tambang
Murah sedikit tambang Air Asia
Berubah nasib kakak abang
Baru hidup tidak sia sia

Murah sedikit tambang Air Asia
Syarikat swasta yang maju
Baru hidup tidak sia sia
Alam akhirat tempat dituju

Syarikat swasta yang maju
Disebabkan pengurusan yang cemerlang
Alam akhirat tempat dituju
Setiap masa syaitan menghalang

Disebabkan pengurusan yang cemerlang
Perlu diikuti syarikat bumiputera
Setiap masa syaitan menghalang
Perintah Allah buatlah segera

Perlu diikuti syarikat bumiputera
Setiap keadaan perlukan subsidi
Perintah Allah buatlah segera
Baru putih mata Yahudi

Setiap keadaan perlukan subsidi
Cara Barisan mendapat sokongan
Baru putih mata Yahudi
Bila Pakatan mendapat kemenangan



HMS ABU BAKAR



Isnin, 1 September 2014

PANTUN ELOK BERDAMAI

Mengeram ayam dalam semak
Nampak helang selamatkan diri
Bolehkah tunjukkan benar-benar ulamak
Ramai pula mementingkan diri

Nampak helang selamatkan diri
Dalam setor di bawah rumah
Ramai pula mementingkan diri
Nampak hebat bila berceramah

Dalam setor di bawah rumah
Ayam terselamat daripada helang
Nampak hebat bila berceramah
Sebab pangkat terdedah tembelang

Ayam terselamat daripada helang
Ini berlaku jarang-jarang sekali
Sebab pangkat terdedah tembelang
Ulamak juga boleh dibeli

Ini berlaku jarang-jarang sekali
Jemaah Islamiah berfahaman asobiyah
Ulamak juga boleh dibeli
Menyelamatkan Melayu dari dinyah

Jemaah Islamiah berfahaman asobiyah
Berhadapan masalah di negeri Selangor
Menyelamatkan Melayu dari dinyah
Pandangan ini wajib ditegur

Berhadapan masalah di negeri Selangor
Menteri Besar tiada berparti
Pandangan ini wajib ditegur
Supaya ulamak bertindak berhati-hati

Menteri Besar tiada berparti
Ini kerana melawan parti
Supaya ulamak bertindak berhati-hati
Sambil menunggu ingatlah mati

Ini kerana melawan parti
Lupa parti menaikkan dia
Sambil menunggu ingatlah mati
Baru beramal soleh sedaya upaya

Lupa parti menaikan dia
Inilag realiti kehidupan manusia
Baru beramal soleh sedaya upaya
Jadilah hidup tidak sia-sia



HMS ABU BAKAR