Selasa, 2 September 2014

PANTUN BUDAYA SUBSIDI

Tanjung Katong airnya biru
Terletak di selatan Tanah Melayu
Ulama akhirat elok ditiru
Baru iman tidak layu

Terletak di selatan Tanah Melayu
Sekarang ini dipanggil Malaysia
Baru iman tidak layu
Inilah modal sebenar manusia

Sekarang ini dipanggil Malaysia
Termasuk Sarawak dan juga Sabah
Inilah modal sebenar manusia
Allah Subhanawataala saja disembah

Termasuk Sarawak dan juga Sabah
Dipisahkan Laut China Selatan
Allah Subhanawataala saja disembah
Selamat daripada gangguan syaitan

Dipisahkan Laut China Selatan
Dekat menaiki kapal terbang
Selamat daripada gangguan syaitan
Sampai masa barisan pun tumbang

Dekat menaiki kapal terbang
Hanya perlu membayar tambang
Sampai masa barisan pun tumbang
Berubah nasib kakak abang

Hanya perlu membayar tambang
Murah sedikit tambang Air Asia
Berubah nasib kakak abang
Baru hidup tidak sia sia

Murah sedikit tambang Air Asia
Syarikat swasta yang maju
Baru hidup tidak sia sia
Alam akhirat tempat dituju

Syarikat swasta yang maju
Disebabkan pengurusan yang cemerlang
Alam akhirat tempat dituju
Setiap masa syaitan menghalang

Disebabkan pengurusan yang cemerlang
Perlu diikuti syarikat bumiputera
Setiap masa syaitan menghalang
Perintah Allah buatlah segera

Perlu diikuti syarikat bumiputera
Setiap keadaan perlukan subsidi
Perintah Allah buatlah segera
Baru putih mata Yahudi

Setiap keadaan perlukan subsidi
Cara Barisan mendapat sokongan
Baru putih mata Yahudi
Bila Pakatan mendapat kemenangan



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan