Isnin, 1 September 2014

PANTUN ELOK BERDAMAI

Mengeram ayam dalam semak
Nampak helang selamatkan diri
Bolehkah tunjukkan benar-benar ulamak
Ramai pula mementingkan diri

Nampak helang selamatkan diri
Dalam setor di bawah rumah
Ramai pula mementingkan diri
Nampak hebat bila berceramah

Dalam setor di bawah rumah
Ayam terselamat daripada helang
Nampak hebat bila berceramah
Sebab pangkat terdedah tembelang

Ayam terselamat daripada helang
Ini berlaku jarang-jarang sekali
Sebab pangkat terdedah tembelang
Ulamak juga boleh dibeli

Ini berlaku jarang-jarang sekali
Jemaah Islamiah berfahaman asobiyah
Ulamak juga boleh dibeli
Menyelamatkan Melayu dari dinyah

Jemaah Islamiah berfahaman asobiyah
Berhadapan masalah di negeri Selangor
Menyelamatkan Melayu dari dinyah
Pandangan ini wajib ditegur

Berhadapan masalah di negeri Selangor
Menteri Besar tiada berparti
Pandangan ini wajib ditegur
Supaya ulamak bertindak berhati-hati

Menteri Besar tiada berparti
Ini kerana melawan parti
Supaya ulamak bertindak berhati-hati
Sambil menunggu ingatlah mati

Ini kerana melawan parti
Lupa parti menaikkan dia
Sambil menunggu ingatlah mati
Baru beramal soleh sedaya upaya

Lupa parti menaikan dia
Inilag realiti kehidupan manusia
Baru beramal soleh sedaya upaya
Jadilah hidup tidak sia-sia



HMS ABU BAKAR





Tiada ulasan:

Catat Ulasan