Selasa, 9 September 2014

PANTUN AMBILLAH TELADAN


Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Dengan iman betullah jalan
Baru di akhirat tidaklah rugi

Tidak bintang terbit pagi
Jadilah lirik dalam lagu
Baru di akhirat tidak rugi
Dengan Al-Quran tidak ragu

Jadilah lirik dalam lagu
Tujuannya pula untuk berdakwah
Dengan Al-Quran tidak ragu
Terbela nasib orang di bawah

Tujuannya pula untuk berdakwah
Menyebarkan agama dalam masyarakat
Terbela nasib orang di bawah
Memajukan negara perlu sepakat

Menyebarkan agama dalam masyarakat
Sedang giat berlaku di barat
Memajukan negara perlu sepakat
Selamat rakyat dari melarat

Sedang giat berlaku di barat
Ramai membaca terjemahan Al-Quran
Selamat rakyat dari melarat
Dapat rezeki melalui pekerjaan

Ramai membaca terjemahan Al-Quran
Sedang berlaku di Amerika Syarikat
Dapat rezeki melalui pekerjaan
Penguasanya pula membayar zakat

Sedang berlaku di Amerika Syarikat
Dari Youtube berkembang Islam
Penguasanya pula membayar zakat
Beribadat pula di waktu malam

Dari Youtube berkembang Islam
Pelayar-pelayar internet dapat manfaat
Beribadat pula di waktu malam
Baru jiwa jadi kuat

Pelayar-pelayar internet dapat manfaat
Memahami Islam dengan cepat
Baru jiwa jadi kuat
Bila beribadat pahala pun dapat

Memahami Islam dengan cepat
Di zaman dunia tanpa sempadan
Bila beribadat pahala pun dapat
Dari Nabi ambillah teladan


HMS ABU BAKAR






Tiada ulasan:

Catat Ulasan