Isnin, 28 Oktober 2013

TERKENANG MALAM MERINDU

Setiap manusia ada perasaan
Ada keinginan
Diteruskan dengan keazaman
Burung pipit terbang rendah
Makan padi tepi halaman
Membaca buku banyak faedah
Sejarah manusia yang berpengalaman
Islam relevan sepanjang zaman
Diikuti manusia yang beriman
Hasil usaha berterusan
Pendakwah-pendakwah berkebolehan
Dari berbagai bangsa
Semua ingin berjasa
Dari timur tengah
Dari berbagai jemaah
Dari yang beramanah
Dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Mencintai Rasulullah
Menerima keempat-empat pimpinan Khulafah Ar Rashidin
Kuat solat malam
Kuat puasa sunat
Kuat beribadat
Semasa sakit atau sihat
Sentiasa bersih niat
Mahu manusia selamat
Semasa di dunia hingga hari kiamat
Berakhlak mulia
Jadi budaya
Berkasih sayang sesama manusia
Ini yang dirindukan
Selalu terkenang di waktu malam
Di malam yang sunyi
Ada yang menyanyi
Lagu
Terkenang malam merindu
Rindu kepada perubahan
Rindu kepada keadilan
Tinggal satu jalan
Jadikan mimpi menjadi kenyataan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan