Selasa, 15 Oktober 2013

HARI RAYA QURBAN 1434 H

10 Zulhijjah
Jatuh pada hari Selasa
Nabi Muhammad SAW banyak berjasa
Berjuang bukan untuk bangsa
Berjuang untuk kesejahteraan manusia
Bermula Adam dan Hawa
Iblis sentiasa mengekorinya
Ramai juga yang berjaya
Dengan ilmu
Dengan amalan berterusan
Dengan ulama di hadapan
Berwarna merah seekor lipan
Bergerak perlahan dalam rumah
Islam ada masa hadapan
Dengan iman dan istiqamah
Bergerak bersama jemaah
Dengan pimpinan beramanah
Dengan membenci rasuah
Membawa tajak pergi ke sawah
Membuat lubang menanam pisang
Perasuah mahu hidup mewah
Dengan terang terang songlap wang
Bila ada pemilihan wajib dibuang
Puisi bermutu tetap dikarang
Kehebatan Nabi Ibrahim kita kenang
Dengan jiwa Nabi Ismail yang tenang
Sampai masa Islam pasti menang
Semoga Hari Raya Qurban ini niat dipasang
Keinginan mati Syahid diulang-ulang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan