Khamis, 3 Oktober 2013

PANTUN JASA ULAMA



Burung merpati terbang seribu
Hinggap ke laman makan padi
Ingatlah jasa ayah dan ibu
Kepada anak-anak terus berbudi

Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan pelata
Dengan iman kita bersatu
Kebaikan rakan-rakan saja dicerita

Pergi ke pasar membeli minyak
Sebelum pulang singgah di taman
Dosa penzalim terlalu banyak
Mengalahkannya perlu kuatkan iman

Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Ulama muktabar banyak berbudi
Menjadikan pengikutnya ramai berjaya

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kepada ulama diucapkan terima kasih
Sehingga ramai manusia beriman

Ayam rintik di pinggir hutan
Boleh dilihat dari telaga
Menghadapi ilmu lemahkan syaitan
Dengannya mudahlah manusia ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Okt2013




Tiada ulasan:

Catat Ulasan