Ahad, 6 Oktober 2013

KEPERLUAN HIDUP


Manusia
Mulia kerana akhlaknya
Akhlak dibina di atas ilmunya
Ilmu diperolehi dari belajar
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat
Dengan berjihad
Muliakan Kalimah Tauhid
MengESAkan Allah s.w.t
Mendatangkan pahala
Firaun besar kepala
USA besar kepala
Israel besar kepala
Israel anak emas Amerika Syarikat
Kaki kerajaan Saudi diikat
Jasa Lawence of Arabia sentiasa ingat
Pisang masak dibuat pengat
Kezaliman Amerika kena ingat
Iraq dibinasakannya
Afganistan dibinasakannya
OIC nampak tak berupaya
"Oh! I see" saja
Menentangkannya perlu ada wira seperti
Hassan Al-Banna
Ikhwan Muslimin beliau bina
Dengan dakwah seluruh Mesir
Dimulai dakwah di kedai-kedai kopi
Dimulakan di bandar Islamiyah
Di bandar-bandar lain
Di Kaherah
Pihak sekular nasionalis marah
Ahli-ahli Ikhwan Muslimin terus bertambah
Allah saja disembah
Dengan 7 das tembakan Hassan Al-Banna pun rebah
Menemui Allah
Kepada Allah orang-orang Ikhwan berserah
Presiden Morsi digulingkan dengan berbagai-bagai helah
Sekarang Ikhwan Muslimin diharamkan
Perjuangan tetap diteruskan
Selagi ada roh di badan
Lawan tetap lawan
Hingga syahid didatangkan
Oleh Tuhan
Inilah kejayaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013




Tiada ulasan:

Catat Ulasan