Ahad, 18 Ogos 2013

RUMAH TERBUKA DI RUMAH HAJI AYUB BIN MAT




Setiap pagi hari raya puasa
Haji Ayub dan keluarga
Meraikan rakan-rakan dan jiran tetangga
Ini jalan menuju syurga
Terkumpul dulu pahala pahala
Dari 1 Ramadhan ke 29 Ramadhan
Harum bau daun pandan
Tumbuh subur di tepi kolam
Sudah berlalu bulan Ramadhan
Sedih yang berjiwa Islam
Ini Haji Ayub faham
Bidadari di syurga diidam idam
Melihat mungkar dia berani godam
Dengan menyertai Jemaah Islamiah
Boleh jadi Imam bila solat berjemaah
Syarat utama beramanah
Bersedia untuk masuk tanah
Beramal ikut sunnah
Tolak syiah
Mengamalkan konsep taqiyyah
Menawarkan kahwin kontrak
Tarikan istimewa puak syiah
Sasaran syiah wanita wanita Melayu
Ikan sepat ikan puyu
Mudah membiak dalam sawah
Mari selamatkan orang Melayu
Dengan iman dan juga dakwah
Hanya perlu pemimpin bermaruah
Rebutlah peluang untuk berubah
Selangor dah rebah
Pulau Pinang dah rebah
Kelantan tetap tak berubah
Di bawah pimpinan Murshidul Am yang berhemah
Parti dacing semakin lemah
Berkat kuliah dan ceramah
Islam terus terbela
Di Kelantan Darul Naim
Semoga merebak ke negeri Perak
Dengan suka mendengar
Dengan menulis apa yang didengar
Dengan membaca apa yang ditulis
Dengan memahami apa yang ditulis
Bila diamalkan tertonggenglah iblis
Bila iblis tertonggeng
Umat Islam pun bergembira
Bergerak perlahan sang kura kura
Sampai di kolam terus menyelam
Dosa pahala ambillah kira
Nescaya kuatlah umat Islam




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan