Sabtu, 17 Ogos 2013

TAN SRI ABU TALIB YANG SAYA KENALI



Saya berkhidmat
Di Parlimen Malaysia selama 27 tahun
Dari akhir 1968
Hingga akhir tahun 1995
Di waktu itu
Jabatan Parlimen selalu berurusan dengan Jabatan Peguam Negara
Oleh kerana
Tan Sri Abu Talib Othman
Menjadi Peguam Negara
Dari 1980 hingga 1993
Saya selalu mengikuti
Speaker Dewan Rakyat ketika itu
Tun Mohd Zahir Ismail
Berbincang isu undang-undang
Bersama Peguam Negara
Tan Sri Abu Talib Othman
Seorang yang beramanah
Mengeluarkan pendapat tanpa prejudis pada mana-mana pihak
Seorang Peguam Negara yang tidak korup
Bila saya menjawat jawatan
Setiausaha Dewan Negara
Saya berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat
Diberinya nasihat-nasihat berguna untuk Parlimen Malaysia
Keimpulannya pandangan
Tan Sri Abu Talib tentang
Kes Fitnah II DSAI
Ke Mahkamah Rayuan yang mana
Tan Sri Abdul Ghani Patail
Mendapatkan khidmat peguam swasta
Dato Syafiee Abdullah
Untuk mengetuai pendakwaan adalah tidak berpatutan
Buah rambai buah rambutan
Boleh dibeli di pasar tani
Berpada pada semasa berjawatan
Kerana benar eloklah hati



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan