Isnin, 19 Ogos 2013

DAPAT YANG DIHAJATI



Setiap kita
Suka bercerita
Kehebatan Nabi kita
Dari seorang buta huruf
Menjadi Ketua Negara
Kebajikan rakyat diambil kira
Dengan bimbingan Al Quran
Boleh diterima akal fikiran
Penuh pengajaran
Releven sepanjang zaman
Diyakini yang beriman
Dari berbagai keturunan
Menegakkan kebenaran
Iblis pun hairan
Islam terus bertahan
Buat suruhan
Jauhi tegahan
Wujudlah suasana kegembiraan
Melihat orang beriman di hadapan
Bergerak perlahan seekor lipan
Datang kucing hilanglah diri
Orang beriman menaruh harapan
Di akhirat bermesra dengan bidadari
Dapat yang dicari
Syukur kepada Ilahi




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan