Isnin, 5 Ogos 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH TUJUH 1434H




Malam kedua puluh tujuh
Malam penuh dramatik
Beribadat juga ahli ahli politik
Mahu dapat pahala 83 tahun
Terus mohon
Lupa istidraj
Yang penting kekal berkuasa
Boleh gunakan kuasa
Untuk dapat peluang luar biasa
Lailatulqadar ada di bulan puasa
Biar keluar air mata
Biar infaqkan harta
Bila terus di atas takhta
Boleh dapat apa yang dicita-cita
Melalui kroni-kroni simpan harta
Rakyat lihat dengan mata
Jenayah merata rata
Rasuah peluang mengumpul harta
Ini puak nasionalis punya cerita
Melalui parti sekular berterusan di atas takhta
Boleh lakukan apa saja
Sambil menyelam minum air
Lailatulqadar hanya impian sahaja
Tanam sayur tepi rumah
Boleh tumbuh tanpa baja
Berjuang kita untuk ummah
Kerana Allah asas bekerja


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan