Isnin, 10 Jun 2013

SURAT KELAPAN




Kepada rakan-rakan
Di Sekolah ACS Telok Anson
Salam bahagia
Salam sejahtera
Semoga boleh solat berjemaah
Semoga boleh puasa Ramadhan
Semoga sihat wal’afiat
Yang maaruf terus dibuat
Ini tanda orang yang taat
Taat menjalankan perintah Allah
Kuat iman tiadalah masalah
Betul pula aqidah
Buat perkara yang berfaedah
Aurat isteri tidak terdedah
Ajak sama dengar kuliah
Ikut sama dengar tazkirah
Tentu ilmu akan bertambah
Tentu menolak budaya rasuah
Pileh pimpinan beramanah
Tolak pula yang pecah amanah
Negara boleh musnah
Ikut pula Sunnah Nabi s.a.w
Inilah tanda benar-benar Islam
Sedaya upaya bangun solat malam
Keluar kalkatu di waktu malam
Terutama selepas turun hujan
Bersatulah dalam jemaah Islam
Sabar menghadapi setiap ujian
Menanti saja kejayaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan