Jumaat, 21 Jun 2013

SURAT KELAPAN BELAS




Ku tulis surat ini kepada
Rakan-rakan di Kesatuan Sekerja
Bersihkan niat bila bekerja
Rezeki halal saja dimakan
Kuatkan kesatuan
Pimpinlah ahli-ahli sekelian
Dengan ilmu pengetahuan
Nescaya kenal kebesaran Tuhan
Nescaya beramal penuh keikhlasan
Sanggup menghadapi segala ujian
Termasuk ujian Ramadhan
Diistilahkan tarbiyah kerohanian
Lapar dan dahaga di siang hari
Yang berilmu saja menyedari
Menuntut ilmu bersama anak dan isteri
Bila kenal diri sendiri
Sedar pekerjaan itu adalah ibadat
Menolak semua bentuk maksiat
Seperti arak, judi dan rasuah
Majulah negara dengan kuatnya
Kesatuan sekerja
Gaji minimum juga tuntutan
Ahli-ahli sekelian
Semoga ditunaikan pihak majikan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan