Rabu, 26 Jun 2013

SURAT KEDUA PULUH TIGA




Surat ini ditujukan kepada
Penjawat-penjawat Awam
Termaktub dalam Perlembagaan Negara
Perkara 132
Berkhidmat untuk Negara
Kepada pihak yang berkuasa
Ikut undang-undang yang ada
Perlu banyak ilmu di dada
Baru kenal apa itu propaganda
Mana yang mendatangkan dosa
Menerima rasuah contoh yang nyata
Memang bertambah-tambah harta
Tapi di akhirat menderita
Oleh itu
Wahai penjawat-penjawat Awam
Hukum Islam hendaklah faham
Jauhilah yang haram
Tipu menipu juga haram
Pendapatannya juga haram
Bila ini disedari
Lengkapkan diri dengan ilmu agama
Bergeraklah dalam jemaah bersama-sama
Lakukan yang maaruf
Tinggalkan semua maksiat
Di dunia selamat
Di akhirat pun selamat
Teruskan berkhidmat
Dengan satu matlamat
Mahu bahagia di Hari Kiamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan