Jumaat, 14 Jun 2013

SURAT DUA BELAS




Menemui rakan-rakan di Parlimen Malaysia
Majoriti kita dah lanjut usia
Lapangkan sedikit masa
Membaca puisi saya
Mahu di akhirat berjaya
Rukun Iman yang enam kena percaya
Rukun Islam yang lima kena percaya
Beramallah sedaya upaya
Dihujung terowong ada cahaya
Di majlis-majlis ilmu ada cahaya
Minda kita akan terbuka
Menjauhi tarikan Neraka
Neraka dikelilingi oleh keinginan nafsu shahwat
dan keseronokkan dunia
Majoriti manusia terpedaya
Berlalu masa begitu laju
Lupa kubur sebenar tempat dituju
Surat ini hanya ingatan
Musuh kita ialah syaitan
Buah pulasan buah rambutan
Nampak serupa berlainan rasa
Di bulan Ramadhan dipenjarakan syaitan
Tetapi nafsu masih berkuasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan