Khamis, 17 November 2011

WANITA PENGORAK PERUBAHAN



Wanita berilmu
Wanita berperibadi mulia
Wanita berakhlak tinggi
Diasuh ibu setiap pagi
Ambil contoh ibu Hulagu Khan
Cucu penakhluk agung
Gengkhis Khan
Memerintah sebuah empayar
Amat panjang waktu itu
Selama 22 tahun
Sama dengan rejim Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty
Memperokperandakan pengganti
Dalam lokap dibelasah separuh mati
Sabar anak-anak dan isteri
Dari rumah dibawa lari
Tangan digari
Kebenaran tetap dicari
Asuhan Mak Yan yang kenal diri
Lahir wirawan sejati
Tokoh reformasi
Anwar Ibrahim pejuang sejati
Gerombolan perkauman iri hati
Golongan rasuah iri hati
Golongan korporat iri hati
Kroni-kroni kuasawan iri hati
Penjawat-penjawat awam yang korup iri hati
Penyelewengan mereka terbukti
Bacalah Laporan Ketua Audit Negara 2010
Ketirisan yang menyeluruh
Dari rasuah melambunglah harga barang
Kos kehidupan tinggi
Mengeluh rakyat
Dengan ilmu kehidupan disuluh
Di depan kita
Ada buku jingga yang menjanjikan harapan
Kuat wanita cerahlah masa depan
Wanita cekal baiklah masa hadapan
Ibu-ibu mainkan peranan
Memberi semangat kepada anak-anak tercinta
Bermula dari wanita
Dalam sejarah banyak cerita
Ibu kepada Hulagu Khan
Khabar hitam dari timur
Berkata kepada anak kesayangannya
“Mesti bersemangat kuat”
“Mesti bijak menggunakan otak”
Ucapan dari wanita hebat
Lahir Hulagu Khan
Dengan semangat untuk menguasai dunia
Berjaya menakhluki Baghdad
Tumbang kerajaan Abassiah
Wanita kini juga ada cita-cita
Membantu menawan Putrajaya
Melalui Pakatan Rakyat
Di setiap sudut wanita hebat
Dari ADUN ke ADR
Kehadapan yang berbakat
Dengan tuhan hati terikat
Dengan akhlak mulia rakyat terpikat
Pengerusi Bersih wanita berbakat
Mahu keadilan diangkat
Mahu kuasa rakyat didaulat
Politik dijadikan alat
Membawa perubahan bila kuasai kerajaan pusat
Sedia berkhidmat
Berbakti kepada masyarakat
Aku janji selalu ingat
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Bila wanita mendirikan solat
Bila wanita kuat beribadat
Bila wanita menutup aurat
Bila wanita mendaulatkan syariat
Bila wanita hidup ikut undang-undang
Jasamu tetap dikenang
Bila rakyat melaksanakan akujanji
Setiap hari
Keredhaan Allah dicari
Bila ahli biasa laksanakan akujanji setiap waktu
Bila pemimpin di semua peringkat laksanakan akujanji
Berlakulah perubahan
Perubahan minda, hati dan nafsu
Perubahan membawa kebaikan
Negara akan aman
Negara akan makmur
Negara akan maju
Berteraskan ilmu
Bila rakyat bermaklumat
Bila rakyat baik
Raja pun kena baik
Menteri-menteri kena baik
Semuanya berpunca dari seorang ibu
Seperti
Siti Khadijah
Siti Asma Abu Bakar
Pasti gerombolan ketuanan bangsa akan terbakar
Pasti gerombolan perkauman sempit akan terbakar
Daripada ibu mereka yang mithali akan lahir
Negara aman makmur dan mendapat keampunan tuhan
Ibuku seorang perempuan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan