Isnin, 21 November 2011

KERJA YANG PAYAH



Solat Subuh berjemaah
Boleh menguatkan ukhwah
Dengan iman dan istiqamah
Boleh selesai banyak masalah
Pengkhianat boleh kalah
Dengan izin Allah
Boleh hapus rasuah
Bila kuasa pusat dipegang yang beramanah
Perlu kuat mujahadah
Tangan ditadah
Mohon bantuan Allah
Rejim rasuah boleh kalah
Bapa korupsi boleh didakwa di mahkamah
Ditangan para hakim yang beramanah
Ditangan penjawat-penjawat awam yang amanah
Kerja ini susah
Perlu berubah
Minda berubah
Hati berubah
Nafsu berubah
Kerajaan Pusat pun berubah
Insyaallah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan