Sabtu, 12 November 2011

IMPLIKASI 1000 HARI RAMPASAN KUASA DI PERAK



Di Hariraya Qurban
Semua yang kotor kita qurban
Seperti najis dibuang dalam jamban
Selepas itu dibersih dengan air
Air kurniaan Allah
Air yang sudah diswastakan
Di Perak ada LAP
Lembaga Air Perak
Di Perak kira-kira 1000 hari yang lalu
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah dirompak
Oleh lanun dari Pulau
Oleh lanun di kawasan luar bandar
Diberi makan kepada 3 ekor katak
Makanan yang berlebihan
Bagi perokok diberi rokok jenis internasional
Pengkhianat semua orang kenal
Rugi Negeri Perak
Lihat saja Laporan Ketua Audit Negara
Bagi tahun 2010
Kerajaan Pakatan Rakyat
Perbelanjaan tidak melebihi apa yang diperuntukan oleh
Belanjawan yang diluluskan
Ketua Audit Negara
Memuji Kerajaan Kedah
Memuji Kerajaan Pulau Pinang
Memuji Kerajaan Selangor
Memuji Kerajaan Kelantan
Hairan syaitan melihat
Pendapatan Negeri Kedah bertambah
Hutang Negeri Pulau Pinang tinggal hanya RM30 juta
Sedangkan pada tahun 2008 hutang BN
Yang kalah di Pulau Pinang
Sekitar RM 630 juta
Di Selangor wang simpanan
Yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat
Meningkat kepada RM 1.1 bilion
Bayangkan Negeri Perak
Jika terus di bawah Pakatan Rakyat
Dari 2008 hingga 2011
Tentulah rakyat Negeri Perak
Boleh dapat banyak manfaat
Sekurang-kurangnya
Dapat air percuma
Seperti apa yang dinikmati
Oleh rakyat Negeri Selangor
Termasuk penyokong-penyokong tegar UMNO-BN
1000 hari yang menampakkan
Kepincangan dalam Sistem Demokrasi Raja Berparlimen
Di Negeri Perak
Menyedari kejahatan
Perompak-perompak
Di Negeri Perak
Rakyat secara senyap-senyap
Mahu qurbankan
Pengkhianat dan penzalim
Di dalam PRU-13
Inilah ikrar ikhlas
Diulangi membaca Surah Al-Ikhlas
Mengakui kuasa Allah
Allah mahu semuanya bersih
Rakyat mahu pemerintah bersih dan demokratik
Di peringkat negeri dan pusat
Menyelamatkan negeri dan negara
Daripada angkara
54 tahun penyalahguna kuasa dan penyelewengan
Gerombolan perkauman yang sentiasa
Bercakap tak serupa bikin
Rakyat yakin
Kebolehan PR memerintah Malaysia
Berpandukan Buku Jingga
Boleh membawa penjawat-penjawat awam
Ke syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan