Isnin, 14 November 2011

SEBUTIR PELURU TIADA MASALAH



Sebutir peluru dalam envelop
Daripada pengikut 'flip-flop'
Daripada budak tunggangan pimpinan
Cakap tak serupa bikin
Diterima oleh Professor Dr Abdul Aziz Bari melalui pos
Disebabkan berkata yang benar
Disebabkan menyokong kebenaran dan keadilan
Mahu selamat kena ikut jalan
Kena berilmu dan banyak amalan
Ini tidak ada kepada pengikut 'flip-flop'
Mereka ikut saja arahan
Pimpinan cakap tak serupa bikin
Rakyat dah kurang yakin
Rakyat bermaklumat
Menanti saja PRU-13
Rakyat mahu balas
Mahu tukar Kerajaan Pusat
Daripada pimpinan 'flip-flop'
Kepada manusia beramanah
Kepada manusia bebas rasuah
Ini yang menyebabkan
Gerombolan professor kangkung gelisah
Kata mereka
Negara ini tak pernah dijajah
Hanya ambil bijih timah
Hanya jadi tokeh-tokeh
Estet-estet getah
Rakyat bantah
Pilihanraya tipu
Tuntutan BERSIH 2.0 adalah munasabah
Hanya pemimpin rasuah yang gelisah
Cari ilham di Mekah
Berdoa di depan Kaabah
Doa penzalim ditolak Allah
Dalam pilihanraya mendatang InsyaAllah penzalim kalah
Sebutir peluru hidup tiada masalah
Masa untuk kita berubah
Orang Melayu pun berubah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan