Sabtu, 31 Julai 2010

PANTUN ELOK MEMBACA


Semua Pasaraya berpintu kaca
Boleh lihat barang-barang di dalam
Tajuk pantun elok membaca
Memang disuruh oleh Islam

Kegunaan kaca adalah berbagai
Boleh buat cermin mata
Dalam syurga mengalir sungai
Tempat orang mukmin bersukacita

Sungai kecil sungai besar
Memberi manfaat pada manusia
Dengan ibubapa janganlah kasar
Nasihat mereka ikutlah sentiasa

Pergi ke sekolah menaiki basikal
Ada yang menaiki bas
Membaca boleh mencerahkan akal
Baru kehidupan tidak terbabas

Di kedai kopi bermain dam
Habis masa begitu saja
Manusia pertama Nabi Adam
Setiap waktu Allah dipuja

Nabi Adam nabi pertama
Siti Hawa jadi isterinya
Sesama manusia elok bekerjasama
Dengan ilmu datanglah cahaya

Terbit bulan waktu malam
Waktu pagi terbitlah matahari
Membaca memang disuruh Islam
Dengan keredhaan Allah dicari


HMS Abu Bakar
Okt2009

Jumaat, 30 Julai 2010

ABU ALA MAUDUDI


Seorang pejuang sejati
Dihukum mati
Pihak berkuasa Pakistan
Irihati
Kejayaan Maududi
Menyebarkan ajaran Islam
Ke seluruh alam
Tulisannya
Diterjemahkan ke 20 bahasa
Banyak jasa
Peminatnya
Di seluruh dunia
Seorang yang mulia
Kuasa Allah dia percaya
Bila mati
Meninggalkan nama
Harum seperti kasturi


HMS Abu Bakar
Jul2007

TAKUT

'Eye Of Malaysia'


I

Takut kerana salah
Shahsiah
Pengamal rasuah
Guna alat-alat pemerintah
Sekat dakwah
Sekat ceramah
Sekat tazkirah

II

Takut kerana salah
Adakan muzakarah imam-imam
Dari seluruh negara
Dikumpulkan di Putrajaya
Diberi kemudahan dunia
Bentang 12 kertas kerja
Dibawa naik ' Eye of Malaysia'
Di Tasik Titiwangsa
Pening kepala imam tua
Elaun RM450 dapat setiap bulan
Syukur kepada Tuhan
Di atas kurniaan
Berseronok hari ini
Lupakan esok
Inilah budaya Hedonis
Inilah kehendak Darwin
Inilah kehendak Karl Marx
Inilah kehendak Orientalis
Inilah kehendak Iblis
Biar iman umat nipis

III

Takut kerana salah
Membisu lihat jenayah
Membisu melihat perlanggaran aqidah
Asal hidup selesa
Di dunia
Di akhirat belakang kira
Charles Darwin senyum saja
Dapat menipu manusia


HMS Abu Bakar
Jul2007

PERJALANAN DARI BUAIAN KE LIANG LAHAT

I

Manusia
Semua dalam perjalanan
Jalan
Bersimpang dua
Jalan Putih
Jalan Hitam

II

Jalan Putih
Mulai dari buaian
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan amalan
Menegakkan kebenaran
Menegakkan keadilan
Menentang kezaliman
Menentang penyelewengan
Benar dalam perbuatan
Buat yang diucapkan

III

Jalan Hitam
Mulai dari buaian
Di kelilingi kejahilan
Fikir hanya
Makan
Tidur dan hiburan
Seks tanpa nikah
Bergelumang dengan rasuah
Hidup nampak mewah
Aurat terdedah
Dadah
Globalisasi hanya menadah
Menyesal bila tiba di garis penyudah

IV

Penyelesaian
Dakwah diadakan
Sebarkan
Kebenaran
Sebarkan risalah
Sebarkan sunnah
Ikut jemaah
Pimpinan beramanah

V

Baru selamat
"Perjalanan dari buaian
Ke liang lahat"


HMS Abu Bakar
Jul2007

PEJUANG

I

Pejuang
Tonggaknya sembahyang
Nikmat akhirat terbayang

II

Pejuang
Menyeru yang maaruf
Membuat yang baik

III

Pejuang
Menjauhi maksiat
Maksiat dibenci
Korupsi
Judi
Konspirasi
Bunuh secara zalim

IV

Pejuang
Sentiasa sabar
Jiwa berkobar-kobar
Melalui dakwah Islam tersebar

V

Bila pejuang
Ada empat syarat
Islam pasti berdaulat
Rakyat dapat manfaat
Dari dunia hingga akhirat


HMS Abu Bakar
Jul2007

KELUAR PARTI



I

Keluar Parti
Kerana masalah hati

II

Keluar Parti
Kerana masalah peribadi
Mahu segera dibalas budi

III

Keluar Parti
Jiwa beremosi
Hilang semangat reformasi
Kuat tarikan duniawi

IV

Keluar Parti
Patah tumbuh hilang berganti
Ramai lagi
Ingin berbakti
Ikhlas hati
Kemenangan menanti

V

Keluar Parti
Ini yang syaitan nanti
Supaya semangat juang mati
Bila berubah parti
Hidup tidak lagi berkualiti


HMS Abu Bakar
Jul2007

Khamis, 29 Julai 2010

SOALAN

I

Bagaimana engkau gunakan umurmu?
Menuntut ilmu
Tanpa jemu-jemu
Ikut ajaran wahyu

II

Bagaimana engkau gunakan ilmu?
Melakukan kerja-kerja kebajikan
Mengajar manusia ilmu Tauhid
Mengajar manusia ilmu Feqah
Mengajar manusia ilmu Tassauf
Mengajar manusia ilmu perlu hidup berjemaah
Perlu ikut Al Quran dan As Sunnah
Sedar bahaya rasuah
Negara boleh musnah

III

Dari mana engkau dapat harta?
Dapat harta secara halal
Berniaga
Bertani
Bekerja dengan sektor awam
Bekerja dengan sektor swasta

IV

Ke mana engkau belanjakan hartamu?
Menyara keluarga
Membantu jiran tetangga
Membantu fakir miskin
Membantu anak yatim
Membantu S.A.R
Membantu kerja-kerja dakwah
Membantu jemaah Islamiah

V

Bagaimana engkau gunakan anggota jasadmu?
Aku guna otak untuk menghasilkan karya kreatif
Pantun
Sajak
Rencana
Cerpen
Aku gunakan mata untuk membaca;
Al Quran
Hadis
Buku-buku agama
Aku gunakan telinga untuk;
Mendengar azan
Mendengar bacaan ayat-ayat Quran
Ceramah-ceramah agama
Tazkirah
Aku gunakan seluruh anggota badanku untuk;
Mengabdikan diri kepada Allah
Untuk jihad di jalan Allah

VI

Inilah jawapan kepada 4 soalan
Dilaksanakan
Sepenuh kesungguhan
Semoga dapat kejayaan
Di Hari Kemudian


HMS Abu Bakar
Julai2007

Rabu, 28 Julai 2010

BERSIH

I

Bersih pada niat
Bersih pada hati
Bersih pada amalan
Boleh jadi kawan
Bersedia ikut perancangan
Jauhi segala larangan
Menipu
Bohong
Berdusta
Budaya orang jahil
Sejak dulu
Melakukan dosa
Sentiasa
Lupa di akhirat menanti seksa

II

Bersih
Benar
Menjauhi mungkar

III

Bersih
Budaya orang beriman
Budaya orang yang berilmu pengetahuan
Betul dalam tindakan
Diperlukan
Di era Globalisasi
Berdakwah melalui puisi
Memecah tradisi
Dideklamasi
Di kuliah-kuliah agama
Memajukan bersama-sama
Hidup di dunia tak lama
Cerdik yang ikut agama

IV

Bersih
Bersih di dunia
Beramal soleh
Berani bercakap benar
Berani menghadapi risiko
Bersabar dalam ketaatan
Sumber kejayaan
Di Hari Kemudian

V

Hari menerima pembalasan
Bahagia yang beriman
Bahagia yang beramal soleh
Bahagia yang ikut jemaah
Bahagia yang ikut Quran
Bahagia yang ikut Sunnah


HMS Abu Bakar
Nov2007

PANTUN PENGUMPUL DOSA

Pergi ke hutan memburu rusa
Dapat kijang patah kaki
Merompak kerajaan juga berdosa
Seperti orang yang hasad dengki

Selepas Isnin ialah Selasa
Berlaku sejak zaman dahulu
Menyalahguna kuasa juga berdosa
Dilakukan yang muka tak malu

Berbagai bunga dalam taman
Tiba-tiba jelma seekor rusa
Bila seseorang tandus iman
Berterusan melakukan kerja berdosa

Isnin dan Khamis elok berpuasa
Dapat pahala bila dilakukan
Menzalimi rakyat suatu dosa
Berpahala bila dapat ditumbangkan

Ahli politik hidup selesa
Dapat duit dari rasuah
Sampai mati melakukan dosa
Menyesal bila di dalam tanah

Beredar masa cepat terasa
Sedar-sedar saja hari Jumaat
Orang munafik sentiasa berdosa
Lupa seksa di hari akhirat

Gigitan lipan sangat berbisa
menderita sakit sepanjang malam
Pelaku rasuah tetap berdosa
Harap-harap bukan orang Islam


HMS Abu Bakar
Nov2009

JANGAN.......JANGAN

I

Musim haji
Setahun sekali
Dari bulan Syawal
Sampai bulan Zulhijjah
Semua datang dari
Seluruh dunia
Semua bangsa
Berbagai bahasa
Berdoa sentiasa
Meminta diampunkan dosa
Dosa
Dosa membiarkan Melayu
Imannya layu
Otaknya macam kalkatu
Dengan slogan disuruh bersatu
Slogan ketuanan Melayu
Hasilnya
Penagih dadah mejoriti Melayu
Mat Rempit majoriti Melayu
Penghuni Pusat Serenti majoriti Melayu
Jadilah remaja Melayu
Seperti pantun dua kerat
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"

II

Di musim haji
Umarak berjanji
Ulama berjanji
Jangan lagi mungkir janji
Jangan lagi menipu bangsa
Jangan lagi berslogan kosong
Jangan.... jangan....jangan


HMS Abu Bakar
Nov2009

KUASA PEMUSNAH

I

Di suatu petang
Digegarkan bumi
Dilanda musibah Padang
Sedih bila dipandang
Kematian di sana sini
Tangisan dari pribumi
Ada ditelan bumi
Musnah rumah
Musnah kampung
Musnah masjid
Musnah harta benda

II

Inilah gempa bumi
Inilah ujian dari Ilahi
Maksiat kena dijauhi
Sebelum ini
Mungkar di sana sini
Gejala sosial meningkat
Aktiviti surau disekat
AJK masjid yang kianat
Gempa bumi suatu ingatan
Tinggalkan kerja-kerja syaitan
Ikut saja
Ai Quran dan Sunnah
Biarpun bumi musnah
Bibir tetap mengingati Allah


HMS Abu Bakar
Okt2009

PERTANYAAN

I

Pertanyaan
Dari Tuhan
Dinyatakan dalam Al Quran

II

Ke mana kamu mahu pergi?
Ke tempat yang rugi
Terutama yang berjudi
Terutama yang berzina
Terutama yang pecah amanah
Terutama yang rasuah
Terutama yang mencuri
Terutama yang meragut
Terutama yang merompak
Terutama yang menyalahguna dadah
Terutama yang aurat terdedah
Terutaman yang anti Sunnah
Firaun dah musnah
Qarun dah musnah
Tertimbun harta dalam tanah
Harta banyak tak berfaedah
Haman bijak memerintah
Menyokong yang salah
Menzalimi rakyat marhaen

III

Adakah kamu tidak berakal?
Abu Jahal menyesal
Abu Lahab menyesal
Munkar Nakir menyoal
Sesal..sesal...sesal


HMS Abu Bakar

BUKAN-BUKAN

I

Bukan rokok
Bukan dadah
Bukan judi
Bukan arak
Bukan bergaul bebas
Bukan menipu rakyat
Bukan mengelat

II

Tapi beriman
Tapi berilmu
Tapi beramal soleh

III

Bila ini dilakukan
Bila kebajikan rakyat diutamakan
Bila golongan pemimpin beramanah
Bila ulama
Beriman dan istiqamah
Negara akan
Aman makmur
dan
Diredhai Allah
Masyallah!


HMS Abu Bakar
Nov2009

Selasa, 27 Julai 2010

SELAMAT

I

Mencuri itu salah
Menipu itu salah
Merompak itu salah

II

Bila salah
Dimurkai Allah
Dosa dibawa ke dalam tanah
Menderita yang rasuah
Meraung yang pecah amanah

III

Oleh kerana anda masih berada
di atas tanah
Kehidupan pun mewah
Apa salahnya
setelah sajak dibaca
taubatlah segera
tinggalkan budaya lama
Ingat apa yang dibaca
Sewaktu solat
Semua mahu ikut syariat
Sentiasa mahu berselawat
Di akhirat
Menanti syafaat
Betul-betul nikmat
Bersama-sama Nabi Muhammad
Selamat...selamat....selamat


HMS Abu Bakar
Nov2009

REMAJA CINTA DAN NAFSU

Manusia pertama
Adam a.s
Pasangan hidupnya Siti Hawa
Dari mereka berkembang berbagai bangsa
Ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Ada Indon dan Bangla
Ada keturunan campuran
Semua mahu keadilan
Mahu hidup ikut undang-undang
Mahu ikut peraturan
Mulai semasa remaja
Semasa perasaan bercelaru
Mahu tiru
Mahu ikut nafsu
Bersyukur ada wahyu
Wahyu dari Tuhan
Pencipta sekalian alam
Mengakui
Hanya Islam
Cara hidup baik untuk
Kalangan remaja
Kalangan dewasa
Mencari rezeki
Dengan bekerja
Di negeri sendiri
Di perantauan
Mengawal nafsu amarah
Dengan iman
Dengan amal soleh
Dengan cara ini cinta membawa pahala
Remaja boleh menjadi
"Pemuda harapan bangsa"
"Pemudi tiang negara"
Cerah masa depan


HMS Abu Bakar
Mac2009

DENGARLAH

I

Dengarlah
Firman Allah
Sabda Rasulullah

II

Dengarlah
Saudara-saudara sekalian
Mari perkuatkan iman
Mari tambah ilmu pengetahuan
Mari banyakkan amalan
Mari buat kerja-kerja kebajikan
Membantu insan
Tanpa pilih kasih
Tentu dengan hati yang bersih

III

Dengarlah
Semua kita dalam perjalanan
Menuju tanah perkuburan
Menanti beberapa soalan
Siapa Tuhanmu?
Siapa Nabimu?
Apakah agamamu?
Apakah kiblatmu?
Apakah peganganmu?
Siapakah saudara-saudaramu?

IV

Dengarlah
Di alam akhirat
Ada 4 soalan
Tentang;
Umur
Ilmu
Harta dan
Anggota-anggota jasadmu

V

Dengarlah
Dapat semua jawapan
Dengan hadir di majlis ilmu
Di masjid
Di surau
Di kuliah Subuh
Di kuliah Dhuha
Di kuliah Asar
Di kuliah Maghrib
Di kuliah selepas Isyak

VI

Dengarlah
Datanglah ke sekolah
Selepas Subuh
Selepas solat Dhuha
Selepas Asar
Selepas Maghrib
Selepas Isyak
Nescaya berani menegakkan yang Hak


HMS Abu Bakar
Jul2007

BERSEDIA MENANTI MATI

Dunia
Dia yang punya
Manusia
Dia yang ciptakan
Dia yang memberi
Makanan
Pakaian
Tempat tinggal
Rumah
Pondok
Dangau
Banglo
Dia yang menghidupkan
Dia yang mematikan
Dia lakukan di Padang
Di Sumatera
Di suatu petang
Seluruh kampung tenggelam
Dalam keadaan bersedia
Bila selesai solat malam
Bila selesai baca Quran
Bila selesai berselawat ke atas Nabi
Nabi Muhammad SAW
Pembawa rahmat ke sekelian alam
Itulah Islam
Setiap waktu ingat
Bersedia untuk mati
Mati dalam iman
Mati dalam jihad
Menegakkan hak
Menentang batil
Bila datang malapetaka
Dengan redha dihadapi
Dengan akhir kalam
Dengan kalimah Tayibah
Allahuakbar....... Allahuakbar


HMS Abu Bakar
Okt2009

DUNIA

Dunia ini ibarat pentas
Manusia adalah pelakonnya
Beramanahlah yang di atas
Ini pimpinan sebenar-benarnya
Kebajikan rakyat diutamakan
Hak Allah ditunaikan
Inilah Ibadurrahman
Berlumba-lumba melakukan amalan
Rakyat pasti mendoakan
Pimpinan yang
Buat apa yang diucapkan
Baik dalam pengurusan
Baik dalam pergaulan
Sedar dunia ini hanya pinjaman
Akhirat saja yang kekal
Tanda orang berakal
Menipu rakyat kerja nakal
Curi injin jet suatu pengkhianatan
Membahayakan keselamatan negara
Melindungi penjahat suatu angkara
Menanti saja neraka


HMS Abu Bakar
Jan2010

TIKAM EKOR

Tikam
Terkena hati
Hati yang takut mati
Hati yang cintakan dunia
Menghabiskan usia
Dengan mencuba nasib
Disediakan puak berkuasa
Diberi lesen
Di bandar dan pekan
Di Semenanjung
Di Sarawak dan Sabah
Banyak yang rebah
Dosa bertambah
Lupa seksa Allah
Bila masuk tanah
Meraung yang rasuah
Menderita yang pecah amanah


HMS Abu Bakar
Mei2007

Isnin, 26 Julai 2010

PANTUN MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Warga emas suka bubur
Mengunyah hanya dengan gusi
Buat persiapan ke alam kubur
Sedarkan umat melalui puisi

Bubur ada berbagai jenis
Yang nasi dipanggil kanji
Akhlak Nabi dipandang manis
Dapat maklumat dari mengaji

Kanji dijual di pasar malam
Bersama nasi berlaukkan ayam
Berkasih sayang sesama Islam
Dari Kuliah Dhuha mudah faham

Manis rasanya buah nangka
Manis juga buah rambutan
Orang munafik dijanjikan neraka
Di dunia ikut parti syaitan

Berpeluh-peluh polis trafik
Mengawal kenderaan di jalanraya
Ada apa pada munafik
Dari rasuah jadi kaya raya

Agak besar telur angsa
Makan sebiji terasa kenyang
Orang munafik hidup selesa
Termenung bila kuasa melayang

Waktu petang main lelayang
Ditiup angin putus tali
Orang mukmin rajin sembahyang
Dengan nyawa syurga dibeli

Pisang emas dibawa berlayar
Msak sesikat dari setandan
Dari Kuliah Dhuha dosa dibayar
Akhlak Nabi dijadikan tauladan


HMS Abu Bakar
Mei2008
Madrasah Kuliah Dhuha

JALAN KE SYURGA

I

Jalan ke Syurga
Mudah saja
Allah dipuja
Setiap masa
Uruskan masa
Dengan menuntut ilmu
Dengan amal soleh

II

Jalan ke Syurga
Perlihara keluarga
Didik dengan agama
Solat jemaah bersama-sama
Lebih pahala
Berguna
Bila habis nyawa
Iblis pun kecewa
Melihat keturunan Adam berjaya


HMS Abu Bakar
Jan2010

PANTUN BERAPA PENUHNYA BEKALAN ANDA

Waktu malam keluar kalkatu
Mencari lampu di tepi jalan
Matlamat hidup hanya satu
Dengan ilmu banyakkan amalan

Pemain golf banyak berjalan
Dari lubang hingga ke lubang
Ahli sufi mantap amalan
Setiap saat Allah dikenang

Warga emas makan kanji
Terutama bila berbuka puasa
Orang politik pandai berjanji
Kaut harta semasa berkuasa

Orang kampung menanam ubi
Ubi ditanam di tepi hutan
Berbahagia yang ikut Nabi
Selamat dari godaan syaitan


HMS Abu Bakar
Jan2008

BARU TAHU

I

Menang tapi kalah
Bila langgar perintah Allah

II

Menang tapi kalah
Membelakangkan hukum Allah
Memperkecilkan syariat Allah

III

Menang tapi kalah
Menghadapi berbagai masalah
Terutama pemberi dan penerima rasuah
Bila berada dalam tanah


HMS Abu Bakar
Okt2009

Ahad, 25 Julai 2010

LAKUKAN PERUBAHAN

Bangunlah
Bangun dengan ilmu
Baru kenal siapa penipu
Bangun jiwa yang sihat
Dengan mata boleh lihat
Siapa itu pengkianat

Bangunlah warga Malaysia
Berusaha sedaya upaya
Dengan telinga dengar cerita
Kenal siapa pendusta
Wahai rakyat
Rujuk Perlembagaan kita
Lihat saja
Isu bahasa
Ada dalam perkara 152
Bahasa Melayu adalah
Bahasa rasmi dan
Bahasa Kebangsaan
Apa jadi sekarang?
Di sana sini bahasa Inggeris
Rakyat prihatin hati terguris
Mari kuatkan iman
Baru wujud kesedaran
Demi generasi kemudian
Perlu ada perubahan
Lakukan
Dengan semangat setiakawan
Dengan semangat keperwiraan
Di Pasir Salak
Di Kampung Gajah
Ada pahlawan-pahlawan
Terbukti kejaguhan

Dato Maharajalela
Dato Sagor
Pandak Endut
Sipuntum
Tok Ali @ Kulup Ali
Dengan kerjasama
Dengan kemuafakatan
Penjajah Inggeris mereka berani lawan
Mereka berjuang mempertahankan hak
Mari bangun mempertahankan hak kita
Hak dalam Perlembagaan Negara
Kita ada wira
Kita ada ulama
Kita ada profesional
Kita ada pekerja-pekerja kilang
Kita ada nelayan
Kita ada petani
Kta ada NGO-NGO
Kita ada pesara-pesara
Kita ada pelajar-pelajar
Kita ada veteran-veteren politik
Kita ada reformis
Kita ada keupayaan
Memerintah Malaysia


HMS Abu Bakar
Jul2007

TUGAS KITA

I

Tugas kita
Membuka mata
Rakyat jelata
Daripada penyelewengan pendusta

II

Tugas kita
Mendedahkan pengkianat bangsa
Penyalahgunaan kuasa
Menganaktirikan Bahasa
Lihat saja perkara 152
Perlembagaan Negara
Bahasa Melayu bahasa rasmi
Bahasa Kebangsaan
Dicabuli
Di siang hari
Oleh anak bangsa sendiri
Ada keris
Tapi tak berfungsi
Dicium di PWTC
Terus merebak korupsi
Secara kejam Altantuya mati
Dibom pula
Berkecai seluruh anggota
Rakyat Monggolia berdukacita
Seluruh dunia
Gelak ketawa
Melihat lakonan drama
Lihat gambar Altantuya
Ceria
Bersama kekanda-kekanda
Di luar Negara
Malaikat catit semua
Rekod dibuka
Di Mahkamah Akhirat
Pasti melarat
Bagi pengkianat

III

Tugas kita
Sebarkan pengisytiharan kemerdekaan
Dibacakan
Oleh Tunku Abdul Rahman
Pada 31 Ogos 1957

IV

Merdeka Tanah Melayu
Merdeka Malaya
Merdeka daripada tipu daya Penjajah Inggeris
Rakyat bebas bercakap
Rakyat bebas berhimpun secara aman
Rakyat bebas berpersatuan
Rakyat diperintah ikut undang-undang
Undang-undang Tertinggi
Perlembagaan Persekutuan
Apa jadi sekarang? Semua tunggang langgang

V

Tugas kita
Bersatu dalam kepelbagaian
Bebas mengamalkan agama masing-masing

VI

Tugas kita
Menguatkan jati diri
Menguatkan ukhwah
Menguatkan tali persaudaraan
Menguatkan jemaah
Berpandukan kebenaran
Berteraskan keadilan
Mewujudkan
keadilan sosial
Mewujudkan Negara berkebajikan
Berteraskan 'Pemerintah ikut hukum'
Bertemakan 'Keadilan untuk semua'


HMS Abu Bakar
Jul2007

Sabtu, 24 Julai 2010

RAMBUT PUTIH, HATI MASIH HITAM

I

Rambut putih
Hati masih hitam
Ragam insan
Lupa kejadian
Daripada air mani
Menentang Tuhan berani
Membela kroni
Membiarkan dakyah Nasrani
Membongkak Yahudi
Merebak judi
Rosak akhlak muda mudi
Seks rambang
Buang
Anak gampang

II
Rambut putih
Hati masih hitam
Bila lihat mungkar diam
Berleluasa kerja haram
Rasuah
Pecah amanah
Longlai mahkamah
Altantuya mati berdarah
Di bom hilang darah
Siapa yang arah?
Dijawab dalam tanah


HMS Abu Bakar
Jul2007

BAPA BOREK ANAK RINTIK

I

Bila maksiat diminati
Tanda hati mati
Buat apa kata hati
Bunuh....Bunuhlah
Tipu....Tipulah
Salah guna kuasa...salah guna kuasalah
Semuanya dibenci Allah
Menyalahi sunnah
Berkatalah tanah
Nanti kamu akan masuk perutku
Kamu akan susah
Kamu akan menderita
Dukacita....Dukacita

II

Bila mungkar dikerjakan
Harta haram dimakan
Tanda kurang iman
Tanda cetek ilmu pengetahuan
Sesal berpanjangan
Di hari Kemudian

III

Tanyalah Abu Jahal
Tanayalah Abdullah Ubai
Tanyalah Luncai
Di akhirat terkapai-kapai


HMS Abu Bakar
Jan2010

Jumaat, 23 Julai 2010

PANTUN MI-KARI

Tanam pisang di tepi pagar
Bila berbuah boleh ditebang
Perintah Allah jangan langgar
Berzikir baik dari bersembang

Dalam pagar rumput tumbuh
Susah kambing hendak masuk
Berjemaah bila solat Subuh
Beruntung yang sentiasa khusyuk

Tumbuh lalang di tepi perigi
Setiap bulan perlu dipotong
Orang munafik di akhirat rugi
Semasa di dunia pandai kelentong

Orang kaya menaiki kereta
Pergi ke masjid setiap pagi
Peminat mi-kari bercita-cita
Habis semangkuk hendak lagi

Kereta ada pelbagai jenis
Ada buatan dalam negeri
Air serbat terasa manis
Setelah selesai makan mi-kari

Ikan pelata ikan pari
Ditangkap dengan menggunakan pukat
Selepas mengaji makan mi-kari
Tukang masaknya terbukti berbakat

Tanam serai tanam halia
Tanam pula di bulan puasa
Tukang masak kerja mulia
Kurang bercakap banyak pahala

Di tepi pantai dikutip kerang
Bila direbus boleh dimakan
Setakat ini pantun dikarang
Semoga pendengar dapat kebaikan


HMS Abu Bakar
20 Jamadilawal 1431H
5-5-2010

MI-KARI

Mi berwarna kuning
Diperbuat daripada tepung
Daripada tepung boleh buat pelbagai jenis makanan
Diantaranya mi-kari
Direbus dulu
Disediakan dulu kuah
Kuah diperbuat daripada santan
Boleh guna susu kurang kolestrol
Bahaya bila lebih kolestrol
Bau kuah mi-kari menaikkan selera
Mahu makan segera
Dimulakan dengan doa
Doa supaya Islam berkembang
Berzikir baik dari bersembang
Penzalim boleh tumbang
Bila peminat mi-kari rajin sembahyang
Pemimpin haprak mesti melayang
Bila ditiup angin reformasi
Merundumlah budaya korupsi
Didakwa para konspirasi
Dipenjarakan para konspirator-konspirator
Didakwa diktator-diktator dalam penjara
Dijamu mereka mi-segera
Juga mi-kari
Semoga insaf diri
Dengan taubat nasuha berserah diri


HMS Abu Bakar
20 Jamadilawal 1431H
5-5-2010

MENGENALI PENGKHIANAT

I

Dengarlah
Dengan dua telinga
Dalam Quran ada cerita syurga

II

Lihatlah
Dengan dua belah mata
Qarun tertimbus dengan harta
Dalam kubur menderita
Begitu juga pendusta-pendusta

III

Fikirlah
Dengan hati terbuka
Ada azab neraka
Di dunia kena ambil kira
Berbeza dengan kera
Makan dan tidur
Makan buah-buahan
Dari kebun-kebun orang
Berdosa pengamal politik wang
Rasuah istilah orang sekarang
Tolak pimpinan temberang
Tolak keris terlanjang
Jika anda ada sembahyang
Ingatlah
Allah Maha Kuasa
Allah Maha segala-galanya

IV

Oleh itu
Mari bersatu
Dengan iman baru hidup bermutu
Dengan Islam baru nampak akhirat
Dengan ilmu kenal pengkianat
Bertelinga satu dan dua lidah



HMS Abu Bakar
4 Rabiulawal 1430H
1-3-2009

Khamis, 22 Julai 2010

BOLEH SELAMAT

Setiap manusia ada perasaan
Perasaan belas kasihan
Tanpa mengira asal keturunan
Semuanya dicipta Tuhan
Dengan sebaik-baik kejadian
Diterima yang waras fikiran
Menolak fahaman perkauman
Terutama yang beriman
merompak dijauhkan
Menculik dijauhkan
Merampas kuasa dijauhkan
Rasuah dijauhkan
Politik wang dijauhkan
Baiki sistem demokrasi berparlimen
Ikut Perlembagaan
disetujui Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Semua mahu keadilan
semua ingin perpaduan
mahu pemerintahan
berteraskan kebajikan
inilah hasrat Pakatan Rakyat
tentu negara selamat


HMS Abu Bakar
1 Rabiulawal 1430H
25-2-2009

TANDA ORANG CERDIK

I

Anda orang cerdik
Bila ikut Quran
Bila ikut Sunnah
Baru hidup beramanah
Baru berbaik sesama manusia
Baru aman negara
Bila Perlembagaan dihormati
Bila Rukun Negara dihormati
Baru hidup berkualiti

II

Anda orang cerdik
Bila beramal untuk akhirat
Bila berjuang untuk hidup setelah mati
Nikmatnya kekal abadi
Pasti terjadi



HMS Abu Bakar
28 Safar 1430H
24-2-2009

BERANI

I

Berani
Bercakap benar
Mempertahankan hak
Ada dalam sistem
Demokrasi Berpalimen Beraja
Allah saja dipuja
Selain Allah hormat saja
Raja adil
Raja disayangi
Raja silap
Dinasihati
Azab ketika nak mati
Bila hidup tak ikut Nabi
Bila maksiat dijadikan hobi
Dalam tanah seorang diri
Rugi yang pecah amanah
Mufti juga bermasalah
Bila masuk tanah
Bila menyokong puak mungkar
Terbakar....terbakar

II

Berani
Mempertahankan jawatan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan amalan
Dihormati rakyat sekelian
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan
Semua mahu keadilan


HMS Abu Bakar
22 Safar 1430H
18-2-2009

DERHAKA

Derhaka kepada Allah
Punca segala masalah
Malas solat jemaah
Menerima rasuah
Mahu hidup mewah
Melakukan pecah amanah
Rakyat marah
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Disuruh Allah
Disuruh Rasulullah
Menentang mungkar
Menentang kezaliman
Menentang penyelewengan
Dengan iman
dengan perwatakan
Ibadurrahman


HMS Abu Bakar
18 Safar 1430H
14-2-2009

Rabu, 21 Julai 2010

HARAPAN BARU

I

Kerja siapa
Bahasa Melayu terpinggir
Dari dasar pendidikan negara
Dari restu parti
Ketuanan Melayu

II

Kerja siapa melanggar
Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan
Parti
Pendokong Ketuanan Melayu

III

Kerja siapa
Membanyakkan hiburan
Hingga rosak muda mudi
Rosak akhlak remaja
B.T.N diam saja

IV

Kerja siapa politik wang
Politik wang berdosa
Rasuah
Dikutuk Allah
Baik mufarakah
Dari parti bermasalah
Masalah bila
Hadir Izrail
Sakaratul maut
Mencabut nyawa
Parti lama tak berguna

V

Mari ikut kebenaran
Ingat hari kemudian
Menyesal majoriti insan
Pendokong-pendokong perkauman

VI

Dengan ini
Saya berjanji
Mahu ikut jalan selamat
Melalui ibadat
Melalui jemaah
Mendaulatkan Islam



HMS Abu Bakar
28 Zulkaedah 1429H
27-11-2008

KESEDARAN

I

Lihat kebodohan manusia
Aku sedar
Politik wang itu haram
Berpunca dari rasuah
Dilakukan orang-orang politik
Dari parti
Pembela ketuanan Melayu

II

Aku tahu
Definasi Melayu
Ikut perlembagaan
Mesti beragama Islam
Bercakap bahasa Melayu
Ikut istiadat Melayu
Bererti tidak bercakap bohong
Menipu itu berdosa

III

Dalam parti
Ketuanan Melayu
Mrerestui PPSMI
Mencabuli
Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan
Melayu dikianati
Ibarat
Harapkan pagar
Pagar makan padi


IV

Setelah 51 tahun ditipu
Melayu tipu Melayu
Parti ketuanan Melayu
Saya mengambil keputusan
Tinggalkan parti perkauman
Ambil kebenaran
Dari Al Quran
Ikut akujanji solat
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam
Tinggalkan parti sekular
Ikut parti Islam
Fikir-fikirkan sebelum tidur di waktu malam


HMS Abu Bakar
28 Zulkaedah 1429H
27-11-2008

Selasa, 20 Julai 2010

MENANTI PENUH PERASAAN

I

Menanti
Masuk waktu solat lima waktu
Baru hidup bermutu
Bila ikut wahyu

II

Menanti
Era baru
Era perpaduan
Era kebajikan
Era pembaharuan
Era kesederhanaan
Dalam tindakan
Dalam pemerintahan
Bebas
Pertimbangkan perkauman
Diyakini yang beriman
Dari kalangan
Melayu, Cina, India, Iban
dan Kadazan
Semua ada perasaan


HMS Abu Bakar
24 ramadhan 1429H
24-9-2008

KEMBALI

I

Manusia
Muslim
Menerima balasan
Bila tamat urusan
Di dunia
Di tempat kita menumpang
Hak penumpang
Laksanakan sembahyang
Sembahyang
Sebenar-benar benteng diri
Dari korupsi
Dari konspirasi
Dari manipulasi
Dari kacamata Islam
Fasiq
Munafiq
Budaya kepura-puraan
Merosakkan diri
Merosakkan keluarga
Merosakkan negeri
Merosakkan negara
Di akhirat kena bicara
Perlu peguambela
Berbentuk taqwa

II

Manusia taqwa
Penumpang sebenar
Bila kembali
Menanti bidadari


HMS Abu Bakar
17 Ramadhan 1429H
17-9-2008

Isnin, 19 Julai 2010

JALAN SELAMAT

I

Bila Melayu hilang di dunia
Bila pimpinannya cinta dunia
Bila pandai menyalahguna kuasa
Bila bertindak pagar makan padi
Bila cakap tak serupa bikin
Bila berjalan macam ketam
Ajar anak berjalan betul
Bapa pula berjalan senget
Bila yang lama juga diangkat
Bila ulama
Cinta dunia
Takut akhirat

II

Ada jalan selamat
mari berpakat
Dari kalangan rakyat
Pilih yang berbakat
Pilih yang beriman
Pilih yang berperikemanusiaan
Pilih yang bertimbang rasa
Beri mereka pegang kuasa
Di peringkat Pusat
Dalam masa terdekat
Baru Melayu selamat
Baru Cina selamat
Baru India selamat
Baru Iban selamat
Baru Kadazan selamat
Baru rakyat selamat

III

Anda kena setuju
Setuju
Membuat perubahan
Baru dapat keadilan
Baru dapat kebajikan
Ini yang PR tawarkan


HMS Abu Bakar
7 Ramadhan 1429H
7-9-2008

Ahad, 18 Julai 2010

BERSATU

I

Bulan Zulhijjah
Bulan Haji
Bulan korban

II

Korban
Binatang ternakan
Unta
Lembu
Kambing
Kerbau boleh juga
Disuruh agama
Berjihad bersama
Ilmu mesti ada
Kematian bersedia
Dengan iman
Dengan amal soleh
Di mana-mana boleh
Di Kuliah Dhuha
Di Kemboja
Perlu banyak kerja

III

Kerja
Bersungguh-sungguh
Iman mesti teguh
Mulai janji
Di waktu solat Subuh
Bersatu teguh
Bercerai roboh
Nescaya kuat roh
Nescaya sihat tubuh
Bahagia di syurga
Selama-lamanya


HMS Abu Bakar
Kemboja
20-12-2007

SEDAR

Aku sedar
Masa beredar
Aku sedar
Ada kematian
Aku sedar
Ada ribut merosakkan
Ada kebakaran membinasakan
Ada manusia dipinggirkan
Ada manusia dizalimi
Ada pihak menzalimi
Ada perasuah lepas diri
Dari BPR
Aku sedar
Hidup perasuah mewah
Aku sedar
Sampai masa pasti musnah
Pasti masuk tanah
Aku sedar
John Howard tewas
Tentera Mushraf mengganas
Tentera Zionis mengganas
Di akhirat ada yang panas


HMS Abu Bakar
7 Zulhijjah 1428H
17-12-2007

Sabtu, 17 Julai 2010

MASJID AL RIDZUANIAH KUALA KANGSAR

I

Masjid Al Ridzuaniah
Bertempat di Kuala Kangsar
Masjidnya besar
Majlis ilmu setiap malam
Hadir yang faham
Yang sakit jiwa terasa geram
Melihat bertambah orang yang datang
Yang mungkar mereka berani tentang
Dengan menolak pemimpin
Rambut isteri tergebang

II

Cencaru makan petang
Yang mungkar wajib tentang
Ulama akhirat kita tatang
Faedah masa mendatang
Dalam kubur terang benderang
Bila istiqamah sembahyang
Suka infakkan wang
Suka menghadiri majlis ilmu
Baru tahu
Benarnya ajaran wahyu
Penyelamat bangsa Melayu

III

Melayu
Ada tiga ciri
Keredhaan Allah dicari

IV
Beragama Islam
Ciri pertama
Bercakap bahasa Melayu
Ciri kedua
Mengikut adat istiadat Melayu
Ciri ketiga
Jalan menuju ke syurga
Kemudahan ada tersedia
Di Masjid Al Ridzuaniah
Kuala Kangsar
Bersatu Muhajirin dan Ansar
Dengan kehendak Allahuakbar


HMS Abu Bakar
3 Zulhijjah 1428H
13-12-2007

TERLAMBAT

Mati
Adalah realiti
Banyak bukti
Di media massa
Berbagai cara habis nyawa
Semasa berlatih terjun
Firaun
Haman dan Qarun
Rakyat jelata jadi gerun
Melihat piramid terpegun
Dalam demokrasi banyak penyamun
Orang gaji dibalun
Anggun
Kali ke 12 pasti turun
Turun harga barang-barang
Turun pemimpin temberang
Bersihkan negara dari politik wang
Negara pasti pincang
Bila pimpinan beroreintasikan wang
Lupa nyawa nanti melayang
Dalam kubur diri seorang
Munkar Nakir datang menyerang
Baru teringat nak sembahyang
Baru nak derma wang
Baru nak bantu S.A.R
Baru nak ikut syariat
Semua dah terlambat
Berada di alam akhirat


HMS Abu Bakar
16 Zulkaedah 1428H
6-12-2007

Jumaat, 16 Julai 2010

AMBIL PELUANG

I

Puasa
Peluang untuk berjasa
Kepada bangsa
Melalui berbagai cara
Pantun boleh juga

II

Tanam kacang tanam pegaga
Ikut Islam mudah ke syurga

III

Orang pendalaman guna telaga
Orang Bandar guna paip
Nabi menunjuk jalan ke syurga
Beriman kepada yang ghaib

IV

Puasa
Peluang cari pahala
Jaga mata
Jaga telinga

V

Mata
Al Quran dibaca, Hadis dibaca

VI

Telinga
Tazkirah dengar juga
Selepas taraweh
Disetujui hati yang bersih
Peluang beramal soleh



HMS Abu Bakar
17 Ramadhan 1428H
28-9-2007

BARAT PUN MINAT

I

Dakyah jahat
Tazkirah disekat
Bila mati kena sebat
Ditangan malaikat-malaikat
Di kubur tenat
Balasan ingkari syariat

II

Dakyah jahat
Tazkirah disekat
Senyum barat
George Bush beri pendapat
Islam Hadhari hebat
Mesti ada muslihat
Ayat 120 Al Baqarah cuba lihat
Maknanya padat
Kekal ke hari kiamat


HMS Abu Bakar
15 Ramadhan 1428H
27-9-2007

Khamis, 15 Julai 2010

PEPERIKSAAN

Kehidupan
Kesediaan
Kepada ujian-ujian
Perlu persiapan
Perlu bimbingan
Dari kepimpinan
Dengan contoh teladan
Dengan melakukan
Keja-kerja kebajikan
Bertolak daripada iman
Baik bagi seniman
Baik bagi sasterawan
Betul dalam tulisan
Diri sendiri melakukan
Kebaikan
Solat
Tiang bagi syariat
Mulai dengan niat
Kareer keratif jadilah ibadat
Dinilai di akhirat
Di dunia royaliti boleh dapat
Di akhirat bidadari memberi khidmat
Bila peperiksaan tamat
Dalam kubur beristirehat
Gembira yang banyak selawat
Dapat syafaat
Dari Nabi Muhammad saw
Bangunlah umat Islam
Tinggalkan budaya burung balam


HMS Abu Bakar
14 Ramadhan 1428H
26-9-2007

PUISI TERBUKA UNTUK PENULIS RENCANA

I

Menulis
Mudah bagimu
Mengakui orang Melayu
Mengakui beragama Islam

II

Menulis apa saja
Menyindir puak yang dibenci

III

Mari mahasabah diri
Secara Hadhari
Bangun pagi
Tentu solat subuh
Tentu seluruh keluarga
Tentu juga solat berjemaah
Di masjid
Di surau
Di rumah
Disuruh Sunnah
Diri sendiri beramanah
Tidak rasuah
Tidak pecah amanah
Tidak bersekongkol dengan penjenayah
Perasuah itulah penjenayah
Menyokong perasuah
dalam bentuk tulisan adalah zalim
Orang zalim dimurkai Allah
Soalannya
Adakah penulis rencana
beriman dengan Hari Kemudian
Sendirilah beri jawapan
Adakah baca Quran
Satu ayat setiap hari
Inilah harapan Islam Hadhari
Tanda kenal diri sendiri

IV

Rencana anda
Tulisan anda
Dicatit malaikat-malaikat
Tiang agama adalah solat
Solat berfungsi
Menentang korupsi
Menentang tindakan kuku besi

V

Ingatlah
Anda akan menemui Allah
Tulislah
Membesarkan Allah
Membesarkan Al Quran
Membesarkan As Sunnah
Baru Melayu boleh berubah
Bila memiliki sifat-sifat
Benar
Amanah
Tabliq
Bijaksana


HMS Abu Bakar
20 Syaaban 1428H
2-9-2007

INI YANG AKU CARI

I

Aku cari kebenaran
Melalui pengetahuan
Baru ku kenal tuhan
Baru ku tahu indahnya Quran
Baru ku tahu baiknya Sunnah
Baru hidup beramanah
Menjauhi rasuah
Membenci rasuah

II

Aku cari jemaah
Yang membesarkan Allah
Yang anti rasuah

III

Aku cari isteri
Yang menutup aurat
Yang ikut syariat
Rasuah itu maksiat
Pecah amanah itu maksiat

IV

Aku hormati As-Shafie
Aku hormati Al-Ghazali
Aku kasihan Altantuya
Dia dianiayai
Aku cinta Allah
Aku cinta Rasulullah
Aku hanya hamba Allah



HMS Abu Bakar
1 Syaaban 1428H
14-8-2007

Rabu, 14 Julai 2010

INDAH PADA TEORI

I

Indah pada teori
'Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah'
Tentulah
Bebas dari pecah amanah
Berilmu
Zuhud
Bercita-cita mati di jalan Allah

II

Indah pada teori
'Kerajaan adil dan beramanah'
Rajin solat berjemaah
Memerintah
Ikut Al Quran dan As Sunnah
Bebas mahkamah
Bebas B.P.R

III

Indah pada teori
'Rakyat berjiwa merdeka'
Mudah laluan ke neraka
Bila hidup bermuka-muka
Bila kurang ilmu agama
Bila berlebihan hiburan

IV

Indah pada teori
'Penguasaan ilmu pengetahuan'
Berteraskan keduniaan
Berteraskan kebendaan
Berleluasa hiburan
Kesan
Dunia tanpa sempadan

V

Indah pada teori
'Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif'
Pemodal-pemodal mengaut keuntungan
Berlebihan
Inflasi menyusahkan
Rakyat marhaen

VI

Indah pada teori
'Kehidupan berkualiti'
Cinta dunia takut mati
Kesan iman rendah kualiti
Jom Heboh diminati
Konsert hiburan diminati
Dipuja seniman dan seniwati

VII

Indah pada teori
'Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita'
Di kedai-kedai kopi banyak cerita
Rendah nilai wang kita
Kos hidup tinggi
Rakyat miskin menderita

VIII

Indah pada teori
'Keutuhan budaya dan moral'
Dalam kubur semua akan disoal
Rugi mengumpul harta secara tak halal

IX

Indah pada teori
'Pemeliharaan alam semulajadi'
Di Malaysia ada berbagai judi
Rosak akhlak muda mudi
Seks rambang menjadi-jadi

X

Indah pada teori
'Kekuatan pertahanan'
Mesti ada iman
Mesti berilmu pengetahuan
Mesti banyak amalan
Mesti ikhlas dalam amalan
Bila individu beriman
Bila pemimpin beriman
Bila pemimpin ikut Quran
Bial rakyat ikut Quran
Baru betul pertahanan
Tanpa itu hanya slogan
Slogan bererti teori
Teori bererti wujud pada pemikiran
Tanpa muhasabah diri
Tak bererti Islam Hadhari


HMS Abu Bakar
27 Rejab 1428H
11-8-2007

BERKELANA DI ALAM BAQA

I

Berada di dunia
berbagai ragam manusia
bertutur berbagai bahasa
bagi yang kaya hidup selesa
inflasi belakang kira
akaun masuk sentiasa
dari berbagai punca
dari komisyen
dari rasuah
dari pecah amanah
susuh rakyat di bawah
nilai RM rendah
tenaga pembeli lemah
semangat jihad tak lemah
bersama jemaah
Di dunia biarlah susah
Nabi-Nabi juga susah
Rasul-Rasul pun susah
Nabi Muhammad saw juga susah
Abu Bakar As-Sidek juga susah
Umar Al Khattab juga susah
Usman Affan juga susah
mati berdarah
Ali Abi Talib juga susah
Mati juga berdarah
sekarang hidup mewah
berkelana di alam arwah
berkelana
bersama-sama rakan setia
berisytirehat sentiasa
dalam keadaan selesa
nikmat-nikmat syurga dibawa
ke tempat -tempat
istimewa
segar sentiasa
cukup bahagia

II

Bagi penentang Nabi-Nabi
bagi penentang Rasul-Rasul
Namrud juga berkelana
dalam keadaan hina
Firaun juga berkelana
dalam keadaan hina
Qarun
Haman
Abu Lahab
Abu Jahal
berterusan menyesal
berterusan dideksa
baru sedar
rugi buat kerja mungkar
rugi meyokong penzalim
baru sedar Imam Shafie cukup alim
baru sedar Imam Al Ghazali alim
baru sedar berguna jadi muslim
baru sedar kawan sebenar orang beriman
tapi
terlepas kesempatan
di dunia ditipu syaitan
bekelana dalam kesakitan

III

Berkelana
di dunia
hanya sementara
beramallah cara segera
beriman
berilmu pengetahuan
beramal berterusan
berkawan dengan Tok Guru
berkawan dengan Tuan Guru
berkawan dengan ulama
ulama cinta akhirat
ulama pewaris nabi
puak sekular tetap menghalang
puak nasionalis tetap membenci
Puak Orientalis tetap membenci
itu kita tak peduli
hidup di dunia hanya sekali
mati syahid mati sejati
bidadari-bidadari menanti
kedatangan selebriti realiti


HMS Abu Bakar
1 Jamadilakhir 1429H
16-6-2007

SELESA

I

Selesa
Selama ada usia
Selama ada tenaga
Boleh berusaha
Bagi yang ingin berjaya
Di dunia
hanya sementara
Di akhirat semua dikira
Solat yang pertama
Baru bermakna beragama

II

Selesa
Semasa muda
Lebih tenaga
Boleh buat apa-apa kerja
Bila ikut nafsu saja
Rugi majoriti manusia
Melayu, India dan Cina
Di akhirat hina
Yang menyalahguna kuasa
Yang tipu dalam Pilihanraya
Yang zalim
Yang menyokong penzalim

III

Kejayaan
Yang beriman yang beramal soleh
Yang berni bercakap yang hak
Menentang pemimpin haprak
Menentang yang rasuah
Melalui jemaah
Beriman dan istiqamah
Beramanah
Baru suasana berubah
Yang adil memerintah
Cubalah! cubalah! cubalah!


HMS Abu Bakar
19 Safar 1428H
9-3-2007

Sabtu, 10 Julai 2010

DOA MUSTAJAB

I

Doa orang yang puasa
berzikir sentiasa
ingat Allah Maha Berkuasa

II

doa orang yang dizalimi
dengan dakwah maksiat dibasmi
dengan ilmu kenal Ilahi
sesama manusia kasih mengasihi

III

doa orang yang musafir
sentiasa berzikir
dengan ilmu mudah berfikir
rejim zalim pasti berakhir


9 Rejab 1431H
2-7-2010

TOLAK PEMBOHONGAN

I

Bohong
berkata yang tidak benar
dalam media massa disiar
lupa itu tindakan mungkar

II

rakyat sudah cerdik
rakyat melihat tindak tanduk pemimpin
rakyat merasai keperitan kehidupan
rakyat sedar kos kehidupan meningkat
rakyat sedar nilai RM merudum
rakyat sedar pemimpin cakap tak serupa bikin

III

bila rakyat sudah sedar
rakyat hilang keyakinan
rakyat tolak pimpinan rakus
tolak perkauman sempit
tolak pimpinan tak bermoral
bom gereja apa pasal?
Rakyat menyoal
rakyat tetap mahu berubah
menolak puak rasuah
menolak gerombolan pecah amanah
menolak pimpinan kelentong


19 Rejab 1431H
2-7-2010

Jumaat, 9 Julai 2010

PANTUN RAKYAT TAK NAK JUDI

Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula ditepi paya
Kita terus tentang judi
Dengan  berusaha sehingga berjaya

Bergaul bebas muda-mudi
Di pekan dan di desa
Kita terus tentang judi
Dengan berkempen setiap masa

Pergi sawah tanam padi
Sambil menanam digigit lintah
Kita terus tentang judi
Biar tokeh judi muntah

Mengail ikan disawah padi
Dapat sepat dan puyu
Kita terus tentang judi                                                             
Dengan ikut ajaran wahyu                        
                        
Isi air dalam baldi                                                                                    
Bila penuh bawa kerumah                                                
Kita terus tentang judi
Dengan menyokong pimpinan beramanah
                                                                                               
 HMS Abu Bakar
20 Rejab 1431H[3.7.2010]
 Masjid Negara K.L



Himpunan ' Rakyat Tak Nak Judi ' di Masjid Negara pada Sabtu, 3 Julai 2010

TAQWA SEBAGAI PENYELAMAT

Manusia awal
Dua jenis
Qabil pembunuh
Habil penyabar
 Manusia hari ini
Dikuasai bini
Dibawa kesani kemari
Lupa muhasabah diri
Fikir hanya kekayaan sendiri
Iman dianaktiri
Islam dianaktiri
Demokrasi dilacuri
Manusia di Malaysia
Mahu perubahan
Mahu ikut perlembagaan
Mahu  kikis perasaan perkauman
Mahu bersatu dalam kepelbagian
Cerah masa depan
Bila hak rakyat ditunai kan
Oleh pihak berkuasa
Tentulah di Putrajaya
P.R berupaya
Mentadbir Negara
Bebas dari angkara
Projek  kebajikan dijalankan secara segera
Kebajikan rakyat saya diambil kira
Rakyat pasti gembira
Bila penzalim di bicara
Bila perasuah di bicara
Di depan hakim-hakim yang wibawa
Di depan pendakwaraya beramanah
Di atas arahan  Peguam Negara yang taqwa


HMS Abu Bakar
25 Rejab 1431H[8.7.2010]

AKU LIHAT DENGAN MATA

Bila aku lihat suasana dihospital
Manusia sakit disana sini
Menanti giliran jumpa doctor
Dari wajah mereka
Aku sedar
          Ada melayu
          Ada cina
          Ada india
          Ada orang asli
          Ada warga emas
          Ada orang separuh umur
          Ada remaja
          Semua perlu rawatan segera

Aku pun bertanya
Apa sakit encik?
Apa sakit saudara?
Jawabnya
Sakit tua
Sakait kencing manis
Sakit jantung
Sakit gaut
Sakit darah tinggi
Sakit lutut
Sakit pinggang

Aku bertanya bolehkah umur panjang
Kelihatan mata berlinag
Cuai sembahyang
Dapat duit cara curang
Menyokong kaki temberang
Alamat akhirat mereka kecundang
Dalam kubur pasti diri seorang
Pasti kecundang

Menyedari ini
Mari bina masyarakat madani
Mari hapuaskan ekonomi koroni

Dengan setiap diri
Muhasabah diri
Mesra suami isteri
Keredhaan Allah saja dicari
Kitab-kitan agama dipelajari
Aman dalam negeri
Bila pimpinan manusia bistari
Bila bertudung para isteri
Bila dihapuskan bahaya yahudi
Kerja-kerja maaruf  pasti menjadi

Hms Abu Bakar
16 jamadilawal 1431 H
(1-5-2010)

Isnin, 5 Julai 2010

UJIAN

I

Ujian
Biasa bagi insan
Dari zaman berzaman
Hilang perasaan
Timbul perpecahan

II

Ujian
Menguji keimanan
Menguji kesabaran
Menanti kejayaan
Memasti kegagalan
Bagi yang berlebih-lebih perasan
Meragui tindakan
Mendongkol perasaan
Mulai berjauhan
Mulai berfikir yang bukan-bukan
Timbul kesedaran
Semua di Kuliah Dhuha adalah kawan
Kawan...kawan...kawan


HMS Abu Bakar
Jul2007