Warga emas suka bubur
Mengunyah hanya dengan gusi
Buat persiapan ke alam kubur
Sedarkan umat melalui puisi
Bubur ada berbagai jenis
Yang nasi dipanggil kanji
Akhlak Nabi dipandang manis
Dapat maklumat dari mengaji
Kanji dijual di pasar malam
Bersama nasi berlaukkan ayam
Berkasih sayang sesama Islam
Dari Kuliah Dhuha mudah faham
Manis rasanya buah nangka
Manis juga buah rambutan
Orang munafik dijanjikan neraka
Di dunia ikut parti syaitan
Berpeluh-peluh polis trafik
Mengawal kenderaan di jalanraya
Ada apa pada munafik
Dari rasuah jadi kaya raya
Agak besar telur angsa
Makan sebiji terasa kenyang
Orang munafik hidup selesa
Termenung bila kuasa melayang
Waktu petang main lelayang
Ditiup angin putus tali
Orang mukmin rajin sembahyang
Dengan nyawa syurga dibeli
Pisang emas dibawa berlayar
Msak sesikat dari setandan
Dari Kuliah Dhuha dosa dibayar
Akhlak Nabi dijadikan tauladan
HMS Abu Bakar
Mei2008
Madrasah Kuliah Dhuha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan