Rabu, 28 Julai 2010

PANTUN PENGUMPUL DOSA

Pergi ke hutan memburu rusa
Dapat kijang patah kaki
Merompak kerajaan juga berdosa
Seperti orang yang hasad dengki

Selepas Isnin ialah Selasa
Berlaku sejak zaman dahulu
Menyalahguna kuasa juga berdosa
Dilakukan yang muka tak malu

Berbagai bunga dalam taman
Tiba-tiba jelma seekor rusa
Bila seseorang tandus iman
Berterusan melakukan kerja berdosa

Isnin dan Khamis elok berpuasa
Dapat pahala bila dilakukan
Menzalimi rakyat suatu dosa
Berpahala bila dapat ditumbangkan

Ahli politik hidup selesa
Dapat duit dari rasuah
Sampai mati melakukan dosa
Menyesal bila di dalam tanah

Beredar masa cepat terasa
Sedar-sedar saja hari Jumaat
Orang munafik sentiasa berdosa
Lupa seksa di hari akhirat

Gigitan lipan sangat berbisa
menderita sakit sepanjang malam
Pelaku rasuah tetap berdosa
Harap-harap bukan orang Islam


HMS Abu Bakar
Nov2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan