Sabtu, 31 Julai 2010

PANTUN ELOK MEMBACA


Semua Pasaraya berpintu kaca
Boleh lihat barang-barang di dalam
Tajuk pantun elok membaca
Memang disuruh oleh Islam

Kegunaan kaca adalah berbagai
Boleh buat cermin mata
Dalam syurga mengalir sungai
Tempat orang mukmin bersukacita

Sungai kecil sungai besar
Memberi manfaat pada manusia
Dengan ibubapa janganlah kasar
Nasihat mereka ikutlah sentiasa

Pergi ke sekolah menaiki basikal
Ada yang menaiki bas
Membaca boleh mencerahkan akal
Baru kehidupan tidak terbabas

Di kedai kopi bermain dam
Habis masa begitu saja
Manusia pertama Nabi Adam
Setiap waktu Allah dipuja

Nabi Adam nabi pertama
Siti Hawa jadi isterinya
Sesama manusia elok bekerjasama
Dengan ilmu datanglah cahaya

Terbit bulan waktu malam
Waktu pagi terbitlah matahari
Membaca memang disuruh Islam
Dengan keredhaan Allah dicari


HMS Abu Bakar
Okt2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan