Jumaat, 20 Ogos 2010

SABARLAH RAKYAT PERAK

I

Rakyat Perak Darul Ridzuan
Minta tolong kepada Tuhan
Melalui doa
Melalui doa berterusan
Melalui bacaan
Al-Quran
Lupakan keputusan Mahkamah Rayuan
Lipat gandakan amalan
Laksanakan akujanji
Dalam Solat
Semasa doa iftitaf
'sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan
semesta alam'

II

Bila kita solat
Kita terus berhubung dengan Allah
Boleh selesai masalah
Minta perkuatkan iman
Minta perkuatkan perpaduan
Minta hancurkan kepura-puraan
Minta ceraikan puak perkauman

III

Bila betul aqidah
Segala ibadat kita berfaedah
Nescaya isteri aurat tak terdedah
Pengamal Islam Hadhari ambil tak endah
Sana sini aurat terdedah
Keburukkan PPSMI kita dedah


IV

Hidup kita hanya 24 jam
Sehari semalam
Jangkaan umur hanya 63 tahun
Ambil
Sempena umur Nabi kita
Pemimpin kita
Penyelamat kita
Dengan Al-Quran dan Sunnah
Baru rasuah musnah
Baru pimpinan beramanah
Baru adil Mahkamah

V

Oleh itu
Wahai Rakyat Perak marilah bersatu
Dengan semangat baru
Dengan kerjasama yang jitu
Dengan melaksanakan kerja-kerja kebajikan
Kebaikan untuk rakyat sekelian
Perkenankanlah oh! Tuhan
Negeri Perak sentiasa aman


HMS Abu Bakar
Mei2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan