Isnin, 16 Ogos 2010

AL - QURAN


I

Kalam Allah
Penyelesai segala masalah
Betul aqidah
Berpanjangan faedah

II

Turun kepada Nabi Muhammad
Dalam masa
Hampir 23 tahun
Beramal dengan tekun
Penzalim mesti turun
Lihat saja Firaun
Ditelan bumi Qarun

III

Mutawatir
Berdepan Nabi dengan Jibril
Malaikat bertaraf tinggi
Penentang Jibril rugi
Rugi
Dunia dan akhirat

IV

Mematuhi Al-Quran adalah wajib
Datang kekuatan ghaib
Di Badar ternyata benar
Abu Jahal mati berdarah
Senyum Rasulullah
Doanya dimakbulkan Allah

V

Membaca Al-Quran diberi pahala
Satu huruf
Sepuluh kebajikan
Boleh tahan
Jika baca seluruh Al-Quran
Munafik saja yang hairan
Melihat perubahan
Di atas diri
Rakyat di bawah Pakatan
Dapat
Berbagai kebaikan
Seperti ketua-ketua
Memimpin dengan sederhana
Dengan amanah

VI

Cerita Nabi-nabi dulu
Semua tahan ujian
Semua menjalankan tugas
Membawa manusia kepada tauhid
Ke jalan keserderhanaan

VII

Tuntutah dalam kehidupan
Solat
Ibadat
Dilakukan betul-betul
Untuk Allah
Untuk Islam
Baru mati dalam Islam
Baru bahagia di dalam kubur

VIII

Hukum di dalam kehidupan
Setuju Hudud dilaksanakan
Setuju Qisas dilaksanakan
Setuju takzir dilaksanakan
Baru aman
Kehidupan insan
Terangkan
Kepada Melayu, Cina, India dan Kadazan

IX

Akhirat tempat kembali
Dengan jihad syurga dibeli
Dengan puasa nafsu dikawal
Dengan iman
Dengan ilmu
Jadilah orang taqwa

X

Mempertahankan Al-Quran adalah syahid
Mengetahuinya dari Guru Mursyid
Asasnya Tauhid


HMS Abu Bakar
Sep2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan