Khamis, 5 Ogos 2010

PANTUN NASIB PEROMPAK

perompak
Bunga anggerik tumbuh di pokok
Berwarna putin dan merah
Panjangkan doa sewaktu rukuk
Baru nasib anda cerah

Warna merah buah rambutan
Bila masak boleh dipetik
Merompak adalah kerja syaitan
Diikuti yang ilmu cetek

Pokok cengal biasanya tinggi
Mudah tumbuh di hutan belantara
Di akhirat perompak pasti rugi
Lupa dunia hanya sementara

Ada rambutan warna kuning
Biasa isinya mudah lekang
Ketua perompak kepala pening
Status sebenar ialah pembangkang

Perompak ada berbagai jenis
Rompak kapal dan jawatan
Bila merompak terasa manis
Jelas jiwa dirasuk syaitan

Mencari rusa dalam hutan
Dapat pula seekor napoh
Musuh manusia ialah syaitan
Dengan iman pengaruhnya lumpuh

Pergi masjid menaiki kereta
Sebelum balik beli mempelam
Jiwa perompak tetap menderita
Dikutuk rakyat siang malam


HMS Abu Bakar
Mei2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan